Search This Blog

Wednesday, September 14, 2011

Kastam rampas dadah RM46 juta




ZAINUL ABIDIN (kiri) menunjukkan kotak-kotak kayu berisi dadah bernilai RM46 juta pada sidang akhbar di Nilai semalam.


NILAI - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mencatat sejarah dalam narkotik kastam apabila berjaya merampas dadah terbesar jenis syabu seberat 183 kilogram (kg) bernilai RM46 juta dalam dua rampasan yang dipercayai dilakukan sindiket yang sama.
Penolong Ketua Pengarahnya (Penguat Kuasa), Datuk Zainul Abidin Taib berkata, dalam kes terbaharu Isnin lepas, seorang lelaki warga Iran berusia 29 tahun ditahan di sebuah rumah pada pukul 8.40 malam di Taman Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Katanya, pemeriksaan menemui 15 peti kayu yang dihantar oleh individu dari negara yang sama melalui kargo udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi pesawat Qatar Airways dari Doha.
"Pemeriksaan telah menemui syabu sebanyak 89kg dianggarkan bernilai RM22 juta yang disorok di bahagian bawah dalam peti kayu," katanya di sini semalam.

No comments:

Post a Comment