Search This Blog

Thursday, August 11, 2011

Tiga didakwa miliki mercun

TUMPAT 10 Ogos – Tiga individu termasuk seorang wanita menjadi individu pertama di negeri ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tanah Merah semalam, kerana memiliki sejumlah mercun pelbagai jenis bernilai RM500 yang dipercayai dibeli dari negara jiran.
Seorang daripada lelaki itu mengaku bersalah atas dakwaan memiliki mercun dan didenda RM400, manakala dua lagi rakannya tidak mengaku dan dibenarkan ikat jamin RM1,000 setiap seorang.
Ketiga-tiganya yang berusia 17 hingga 20-an, sebelum itu ditahan di Bukit Bunga, Tanah Merah, pukul 6.30 petang kelmarin, hasil maklumat orang awam.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, mereka yang berasal dari Perak dipercayai baru selesai membeli pelbagai jenis mercun dari negara jiran untuk dibawa pulang.
“Ketika ditahan seorang lelaki berada di luar kenderaan, manakala rakannya seorang wanita dan seorang lelaki berada di dalam,” katanya ketika ditemui semasa menghadiri majlis berbuka puasa bersama pegawai dan anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, malam tadi.
Jalaluddin menambah, dalam kejadian kedua pukul 5.30 petang semalam, polis menahan seorang lagi lelaki berusia 49 tahun di Taman Desa Rakyat Kok Lanas, Kota Bharu kerana memiliki pelbagai jenis mercun bernilai RM400.-utusan

No comments:

Post a Comment