Search This Blog

Thursday, August 11, 2011

Sindiket ‘ais’ tumpas

SYDNEY: Polis Australia yang menyiasat penyeludupan dadah jenis heroin dan methylamphetamine terbesar, menahan lima lelaki warga Malaysia dan merampas dadah bernilai Aus$4 juta (RM12.46 juta), menurut pegawainya, semalam. Ketua rangkaian penyeludupan dadah, yang berusia 48 dan 28 tahun telah ditahan kelmarin di Sydney. Menurut polis, seorang ditahan ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang manakala seorang lagi di sebuah restoran di bandar Cina. “Ketua mereka dipercayai datang dari Malaysia ke Australia semata-mata untuk menyelia penubuhan rangkaian pengedaran ‘ais’ (methylamphetamine) terbaru,” kata polis. Mereka didakwa atas kesalahan mengedar heroin dalam kuantiti komersial. Menurut polis, mereka merampas dua kilogram heroin dan dua kilogram ais yang berkaitan dengan rangkaian dadah itu dan bernilai kira-kira RM12.46 juta. Dua orang lelaki lagi, masing-masing berusia 38 dan 39 ditahan di Sydney dan didakwa atas pelbagai kesalahan termasuk mengedar dadah komersial, termasuk menggunakan wang hasil jenayah. Suspek kelima yang berusia 23 tahun, ditahan di selatan Victoria. “Penyiasatan ini telah berjaya menggugat rangkaian penyeludupan dadah yang dibina oleh sindiket dadah ini dan telah berjaya menghalang dadah dalam kuantiti yang tinggi dijual di jalan raya di sini,” kata Komander Skuad Jenayah Asia, Scott Cook. -AFPhmetro

No comments:

Post a Comment