Search This Blog

Thursday, August 11, 2011

Penunggang lawan arus elak polis

SEREMBAN – Dua lelaki disyaki pengedar dadah bertempiaran lari meninggalkan sebuah motosikal yang dinaiki sebaik menyedari kehadiran polis dalam satu kejadian di Kilometer 250.5 Lebuhraya Utara - Selatan. di sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 tengahari itu, kedua-dua suspek berusia 21 tahun itu sedang dalam perjalanan menghala ke arah selatan dan turut nekad menunggang motosikal melawan arus lebuh raya semata-mata mahu meloloskan diri daripada polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan R Ravi Chandran berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati, puluhan gram dadah berada dalam sebuah beg.

“Kita juga menjalankan ujian saringan air kencing dan mendapati mereka turut positif bahan haram terbabit,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut turut menemui 44 peket dadah disyaki jenis heroin dan ganja seberat 78.8 gram di dalam beg sandang mereka.

“Berikutan itu, mereka ditahan bagi membantu siasatan dan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Menurut Ravi Chandran, dua suspek yang berasal dari utara tanah air itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau.-SH

No comments:

Post a Comment