Search This Blog

Thursday, August 11, 2011

Mercun, bunga api bernilai RM4,000 dirampas

Zakaria Abdul Rahman (kanan) menunjukkan sebahagian daripada
mercun dan bunga api yang dirampas berhampiran
 Kurung Tengar, Kuala Perlis, semalam.

KANGAR 10 Ogos - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kuala Perlis merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM4,000 yang ditinggalkan di pesisir pantai Kurung Tengar di Kuala Perlis awal pagi ini.
Komander UPP negeri, Supritendan Zakaria Abdul Rahman berkata, kesemua bahan letupan itu ditemui dalam empat bakul berhampiran semak kira-kira pukul 3.35 pagi ini.
"Bertindak atas maklumat orang ramai, sekumpulan anggota UPP telah pergi ke pantai itu dan menemui longgokan bahan letupan yang ditinggalkan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Menurut beliau, di tempat kejadian, pihaknya membuat intipan untuk menunggu pemilik bahan letupan tersebut itu muncul.
"Namun, setelah menunggu beberapa jam tiada siapa yang tiba untuk mengambil bahan letupan tersebut, UPP bertindak merampas bahan itu," katanya.
Beliau percaya, bahan letupan itu diseludup dari negara jiran melalui jalan laut dan kemudian ditinggalkan untuk diambil oleh pemiliknya.
Menurutnya, rampasan bunga api dan mercun ini adalah yang keempat dilakukan pihaknya sepanjang bulan Ramadan ini dan dengan nilai hampir RM6,000.utusan

No comments:

Post a Comment