Search This Blog

Wednesday, August 24, 2011

Kebakaran ragut 14 nyawa di kilang seramik

BEIJING - Seramai 14 orang terbunuh di sebuah kilang seramik di selatan China semalam, lapor agensi berita Xinhua semalam.
Dua daripada mangsa mati selepas mereka bertindak terjun dari bangunan yang sedang terbakar.
Kebakaran bermula pada waktu subuh di syarikat Shengfeng di Foshan, Guandong.
Lebih 100 anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran yang melibatkan tempoh selama dua jam.
Menurut agensi berita itu, punca kejadian masih dalam siasatan namun seorang wakil kilang berkenaan telah ditangkap.
- Reuters, kosmo

No comments:

Post a Comment