Search This Blog

Thursday, August 11, 2011

Dua ditahan disyaki curi kabel Telekom



SETIU – Dua suspek yang disyaki mencuri kabel Telekom di Taman Sri Intan, Sungai Tong berjaya ditahan sepasukan anggota polis di rumah mereka setelah menerima laporan oleh pihak Telekom kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Rohaizat Abd Ani berkata, berdasarkan laporan diterima, Telekom menyatakan terdapat gangguan di kawasan terbabit, dan setelah disiasat didapati kabel sepanjang 200 meter telah dipotong.

“Akibat kecurian itu, kerugian dianggarkan RM4,000 dan polis terus menjalankan siasatan lanjut sehingga menemui bukti kukuh untuk membuat tangkapan terhadap suspek.

“Suspek yang berumur 25 dan 35 tahun itu ditahan pada hari yang sama laporan dibuat dan ujian air kencing dilakukan mendapati kedua-duanya positif dadah Metamphetamine,” katanya.

Menurutnya, kedua-kedua suspek kini ditahan reman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu selama empat hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan.

“Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun,” katanya.-SH

No comments:

Post a Comment