Search This Blog

Thursday, August 11, 2011

Diraba wanita OKU gila seks



SEGAMBUT – Seorang pemandu teksi bukan sahaja diugut malahan diraba seorang wanita orang kurang upaya (OKU) gila seks yang merupakan penumpangnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang kelmarin, pemandu teksi berkenaan mengambil wanita itu dari stesen KL Sentral.

Menurut mangsa, Lim Lai Guan, 40, berkata, kejadian bermula apabila wanita berkenaan bertindak cerewet dengan mengubah lokasi perjalanan meskipun sudah membayar kupon perkhidmatan ke Desa Pandan.

“Wanita itu berbual melalui telefon bimbit sambil menangis-nangis seolah-olah sedang bergaduh dengan kekasihnya menyebabkan saya mula bersimpati dengan nasibnya.

“Sekejap kata Plaza Pudu kemudian ke Pudu Raya menyebabkan saya mula curiga dan nekad menghentikan kenderaan di kawasan tempat letak kereta Tasik Perdana.

“Saya bertanya apa yang dia mahu tetapi wanita itu terus menangis dan cuba untuk memeluk dan meraba saya,” katanya pada sidang media di Pejabat Parlimen Segambut semalam.

Menurutnya, tidak tahan dengan sikap wanita terbabit dia meneruskan perjalanan dan menurunkan wanita itu di Kuchai Lama.

“Pada malamnya pula wanita itu masih mengganggu dengan menghantar sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dan mahu saya bertanggungjawab di atas apa yang berlaku atau dia akan membuat laporan polis,” katanya

Jelasnya, wanita itu menuduh kononnya anggota sulitnya diraba dan melakukan bermacam–macam lagi perkara tidak senonoh ke atasnya dan bagi mengelak perkara buruk berlaku satu laporan dibuat di Balai Polis Brickfields.

Difahamkan, wanita berusia 35 tahun yang mengaku berasal dari Sarawak itu dipercayai sudah lama melakukan kegiatan itu bertujuan untuk meraih keuntungan segera.

Sindiket berkenaan dipercayai bergiat aktif dengan perancangan utamanya untuk memperdayakan pemandu teksi sebelum segala barangan berharga dikebas.-SH

No comments:

Post a Comment