Search This Blog

Thursday, August 11, 2011

Bestino janji bayar balik 6,740 pelabur

Babit wang RM411.19j secara ansuran 
IPOH: Bestino Golden House Sdn Bhd, yang empat pengarahnya kini menghadapi 322 tuduhan pengubahan wang haram RM156.2 juta dan lima tuduhan menerima deposit orang awam tanpa lesen, berjanji akan membayar balik pelaburan dibuat 6,740 pelaburnya membabitkan wang RM411.19 juta.

Syarikat itu menjalankan skim pelaburan emas sebelum dikenakan tindakan, akan mengembalikan semula wang pelabur secara ansuran dengan bayaran permulaan sebanyak 25 peratus daripada jumlah pelaburan asal masing-masing.
Pengarahnya, Chong Yuk Ming, berkata syarikat berjanji akan membayar setiap ringgit pelaburan yang dibuat dan berharap setiap pelabur dapat bersabar sedikit sementara menunggu keseluruhan wang itu dapat dikembalikan semula. 

Katanya, pembayaran berkenaan akan dilakukan menerusi pihak pentadbir yang dipersetujui oleh Bank Negara Malaysia. 

“Bagaimanapun, kami tidak akan membayar sebarang dividen kerana tidak mempunyai kapasiti berbuat demikian,” katanya pada sidang media di rumahnya di sini, semalam. 

Pada 23 Februari lalu, empat pengarah Bestino Golden House dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas 322 tuduhan pengubahan wang haram bernilai RM156.2 juta dan lima tuduhan menerima deposit orang awam tanpa lesen dalam tempoh dua tahun syarikat itu beroperasi. 
Yuk Ming, 49, bersama Ho Chee Cheong, 41; Goon Koon Lee, 48 dan Chang Kuei Geh, 57, mengaku tidak bersalah di atas semua tuduhan itu yang didakwa dilakukan antara tempoh 9 Julai 2006 hingga 21 September 2008. 

Ditanya bagaimana pembayaran dibuat berikutan akaun syarikat dibeku Bank Negara, Yuk Ming berkata, kakitangan syarikat itu di luar negara sedang berusaha mendapatkan wang, termasuk mencairkan aset syarikat di luar negara. 

Dia turut merayu pelabur supaya tidak menyalahkan ejen jualan dan pelaburan dilantik syarikat itu kerana mereka tidak bertanggungjawab dalam menguruskan wang pelaburan pelanggan. 

Yuk Ming mendakwa, sepanjang syarikat itu beroperasi sebelum ini, mereka mampu membayar dividen tiga peratus sebulan bagi setiap pelaburan dan pernah membayar dividen sehingga 18 peratus bagi setiap enam bulan. 

Dakwanya, beberapa bulan sebelum syarikat itu mula disiasat pada Jun 2009, ia sudah memulakan aktiviti melombong emas di dua lombong di Papua New Guinea, tetapi terpaksa dihentikan tidak lama kemudian selepas Bank Negara membekukan akaun syarikat terbabit. bharian

No comments:

Post a Comment