Search This Blog

Thursday, August 11, 2011

Australia tumpaskan sindiket dadah Malaysia

SYDNEY 10 Ogos - Polis Australia yang menyiasat penyeludupan heroin dan methamphetamine secara besar-besaran menahan lima lelaki rakyat Malaysia serta merampas dadah bernilai AUS$4 juta (RM12.3 juta), semalam. Komander Skuad Jenayah Asia, Scott Cook berkata, ketua sindiket yang berumur 48 tahun dan 28 tahun ditahan di Sydney, lewat semalam. Menurutnya, seorang daripadanya ditahan ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang dan seorang lagi ditahan di sebuah restoran di kawasan Cina di bandar raya itu. "Mereka dipercayai ketua sindiket yang datang ke Australia dari Malaysia untuk memantau penubuhan rangkaian pengedaran methamphetamine di negara ini," katanya. Kedua-dua suspek akan didakwa kerana membekalkan heroin dengan kuantiti komersial. Cook berkata, pihaknya turut merampas kira-kira dua kilogram heroin dan dua kilogram methamphetamine bernilai AUS$4 juta (RM12.3 juta). Dua lagi lelaki berumur 38 dan 39 tahun ditahan di Sydney dan didakwa atas kesalahan termasuk menjadi pembekal dadah secara komersial, menyertai kumpulan jenayah dan terlibat dengan jenayah. Lelaki kelima pula berusia 23 tahun dan ditahan di Victoria selatan. "Kejayaan ini telah menggagalkan pembinaan rangkaian pengedar dadah di Australia oleh sindiket haram ini dan berpotensi mencegah kemasukan sejumlah besar dadah ke negara ini," ujar Cook. - AFP
utusan

No comments:

Post a Comment