Search This Blog

Thursday, August 11, 2011

207 rumah rosak akibat ribut



SUNGAI LALANG – Kira-kira 200 rumah di Taman Bandar Baru dan tujuh rumah di Jalan Seri Bayu 10 di sini, mengalami kerosakan akibat ribut dan hujan lebat, petang, semalam.

Turut menerima nasib sama, beberapa peniaga bazar Ramadan berdekatan Ambangan Height.

Penduduk, Kamariah Awang, 67, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang apabila angin kuat kedengaran dari luar rumah.

Menurutnya, dia yang tinggal seorang diri bergegas keluar dari rumah menyelamatkan diri setelah mendengar bunyi angin kuat sehingga bumbung rumah berterbangan .

“Masa itu, saya ada di dapur dan apabila dengar bunyi kuat terasa seakan bumbung nak terbalik. Sebaik sahaja saya buka pintu untuk keluar, gelombang angin kuat yang menolak membuatkan saya ingin terjatuh,” katanya.

Tinjauan mendapati selain kerosakan bumbung, sebatang tiang elektrik dan dua buah pokok rendang di Jalan Taman, Taman Bandar Baru turut tumbang.

Penduduk, Zakaria Ismail, 34, dari Taman Seri Bayu, Sungai Lalang berkata, kejadian ribut semalam merupakan antara paling teruk pernah dialami sejak menduduki kawasan berkenaan tujuh tahun lalu.

“Tahun lepas kami pernah mengalami situasi sama iaitu sederet rumah di sini mengalami kerosakan bumbung bahagian luaran, tetapi kali ini keadaannya lebih teruk kerana air hujan turut memasuki kawasan dalam rumah menyebabkan kerosakan peralatan dan perkakasan rumah seperti almari, televisyen dan sofa,” katanya.

Penduduk, Zakiah Mat, 34, berkata, ketika kejadian dia sedang nyenyak tidur dan tidak menyedari angin kuat sehinggakan air hujan melimpah dalam rumah.

“Memang ada dengar bunyi kuat dua kali waktu itu dan kami sedar bumbung zink diterbangkan angin tetapi tidak sangka perkara itu berlaku kepada diri sendiri,” katanya.-SH

No comments:

Post a Comment