Search This Blog

Wednesday, August 31, 2011

Pemanggil bom palsu ditahan



KUALA TERENGGANU - Bahana terlalu mengikut perasaan dengan membuat panggi­lan­ palsu hingga menyusahkan orang lain, seorang lelaki bakal beraya di dalam lokap.

Ia susulan kejayaan polis menahan seorang lelaki di Batu 9, Cheras, Kuala Lumpur yang dipercayai suspek yang membuat panggilan bom palsu di bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu pada 24 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, suspek berusia 47 tahun itu ditangkap pada 25 Ogos lalu bagi menyelesaikan satu kes lain.

Bagaimanapun katanya, hasil siasatan mendapati, nombor telefon bimbit yang digunakan suspek adalah sama dengan panggilan palsu yang dibuat.

“Suspek yang bekerja dengan sebuah syarikat petroleum ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras berikutan kes mengugut isterinya dengan menggunakan telefon bimbit.
Siasatan lanjut mendapati, nombor yang digunakan adalah sama dengan individu yang kita cari.

“Dia akan dibawa ke Terengganu hari ini (semalam) untuk siasatan lanjut dan akan direman selama lima hari, sehingga 2 September ini,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini, semalam.

Katanya, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 28 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 kerana menyebarkan maklumat palsu.

Sinar Harian pada 24 Ogos lalu menyiarkan mengenai panggilan ancaman bom di Bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu.

Akibat daripada itu, polis terpaksa mengosongkan Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu selepas menerima panggilan mengatakan terdapat bom diletakkan di tingkat sembilan yang menempatkan kamar Mahkamah Tinggi.

Ingin anak berlari

IPOH: “Saya teringin melihat dia merangkak, berjalan dan berlari, namun apakan daya dia tidak mungkin kembali normal,” begitu keluhan Fazilah Osman, 39, ibu kepada Mohd Farhan Aidil Roslan, 12, kanak-kanak malang yang lumpuh seluruh badan akibat kemalangan jalan raya ketika berusia dua bulan.
Berikutan kejadian itu, Mohd Farhan kini hanya mampu terbaring sepanjang masa di rumah keluarganya di Taman Bertuah, Chemor selain perlu diberi penjagaan rapi seperti bayi.

Lebih malang, Mohd Farhan juga tidak dapat melihat dengan jelas dan hanya mampu merengek jika mahukan sesuatu selain perlu dikawal kerana sering sawan sejak dua tahun lalu.

Fazilah berkata, dia tidak menyangka kejadian kira-kira 12 tahun lalu itu meninggalkan kesan sepanjang hayat kepada anak keduanya itu.

Menurutnya, doktor turut mengesahkan anaknya itu mengalami kecederaan dalaman di bahagian otak sekali gus menyebabkan fungsi derianya lumpuh.

“Saya pernah membawanya rawatan terapi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) tetapi doktor pakar mengesahkan dia sukar pulih kerana kecederaan dalaman dialaminya.


“Doktor turut memaklumkan tidak mampu berbuat apa-apa untuk memulihkan kecederaan dialami Mohd Farhan menyebabkan saya reda dengan nasib menimpanya dan hanya berharap dia mampu pulih,” katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan Aidilfitri oleh Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful Ikhlas) Cawangan Perak di sini, semalam.

Sumbangan disampaikan Ketua Takaful Ikhlas Wilayah Perak, Zainal Rahmat Md Zain. Beliau berkata, sehingga kini, dia berusaha merawat Mohd Farhan termasuk melakukan terapi ringan selain memberi makanan kesihatan tambahan kepada anaknya. “Dia umpama bayi kecil sejak 12 tahun lalu menyebabkan saya terpaksa menjaganya termasuk menyediakan susu dan memakaikan lampin pakai buang.

“Saya reda dengan kejadian yang berlaku, namun berharap dia pulih,” katanya.

Fazilah berkata, Aidilfitri yang disambut setiap tahun umpama hari biasa baginya sekeluarga memandangkan anaknya itu hanya mampu terlantar setiap masa.

Katanya, dia sudah membeli baju Melayu dan pakaian baru untuk Mohd Farhan sempena Aidilfitri kali ini.

“Saya kini bergantung kepada pendapatan suami, Roslan Talib, 43, yang berniaga kecil-kecilan di pasar malam selain bantuan kewangan RM300 sebulan diberikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.hmetro

Lari Australia bayar along

KUALA LUMPUR: Menderita akibat gangguan ceti haram atau along, seorang wanita nekad memperjudikan nasibnya dengan berhijrah dan bekerja di Australia secara haram dalam usaha mengumpul wang bagi membayar hutang.
Ibu kepada lima anak itu yang hanya mahu dikenali sebagai Fauziah, 48, berkata, dia sendiri tidak menyangka sampai ke tahap itu pengorbanan yang perlu dilakukannya semata-mata untuk melepaskan diri daripada cengkaman along. “Saya sendiri tidak percaya perlu melalui semua ini,” katanya mengimbas pengalamannya menjadi buruh haram selama dua tahun di Wangratta, Victoria selain Finley dan Cobram di negeri New South Wales selama dua tahun dari pertengahan 2009 hingga Jun lalu. Menurutnya, keputusan gila itu terpaksa dibuatnya selepas buntu membayar hutang ceti haram keseluruhannya berjumlah RM120,000.

Fauziah berkata, dia terpaksa meminjam daripada along selepas perniagaan diusahakannya menghadapi masalah dan pada masa sama, dia perlu menampung perbelanjaan harian termasuk membiayai persekolahan anak selepas suaminya ditahan di Pusat Pemulihan Narkotik (Puspen).

“Disebabkan tuntutan kehidupan yang semakin mendesak di samping keuntungan perniagaan tidak seberapa, saya mula meminjam along dengan jumlah permulaan RM800. “Pada awalnya segalanya nampak terkawal dengan saya berusaha sedaya upaya untuk mengelak daripada gagal membayar caj harian. Jumlah wang yang harus dipulangkan pada setiap bulan pula dua kali ganda jumlah itu kerana termasuk bunga. “Setiap hari saya terpaksa membayar RM200 kepada along dan kadang-kadang duit baki di dalam dompet hanya tinggal RM10. Ketika itu, hidup saya begitu tertekan ditambah pula masalah suami ditahan di Puspen kerana penyalahgunaan dadah,” katanya. Menurutnya, setiap hari dia hidup dalam ketakutan dan khuatir sekiranya konco along yang datang ke kedai akan mengganggu atau mengasari anak-anaknya.

Fauziah berkata, keputusan ke Australia nekad diambil selepas menerima pelawaan seorang kenalan yang memberitahu anaknya yang bekerja di negara berkenaan boleh membantu mencari pekerjaan dengan tawaran gaji agak lumayan.

Menyerahkan nasib dirinya kepada Tuhan, Fauziah dan anak bongsunya, Amira, 17, berlepas ke Australia dengan mengikuti pakej pelancongan selama tiga hari dua malam yang dianjurkan sebuah agensi pelancongan.


“Kami masuk ke sana atas tiket pelancong. Tambang perjalanan bernilai RM10,000 ke sana juga hasil wang dipinjam seorang rakan. Saya cekal dan kuatkan diri untuk menempuh segala dugaan di sana semata-mata demi hutang itu selain memikirkan keselamatan anak-anak jika ia tidak dilangsaikan segera.

“Di sana, saya bekerja di ladang anggur dan kebun sayur-sayuran. Setiap dua minggu, wang gaji terkumpul 1,600 dolar Australia (RM6,000) akan dikumpul dan dikirim pulang ke Malaysia untuk membayar hutang along dan perbelanjaan pengajian anak di sekolah serta universiti. Sementara itu, mengulas kenyataan penduduk, Ahli Majlis Zon 4, Lee Kee Hiong berkata, dia sudah mendapat kelulusan daripada MPKJ untuk menubuhkan pusat khidmat di Bandar Mahkota Cheras pada November 2008.

Katanya, ketika itu tiada kekosongan di pusat perniagaan di Jalan SL 11/9 dan seunit kedai disewakan RM2,800 sebulan melebihi peruntukan diberi.

“Biarpun sudah ada penurunan sewa, saya tidak boleh berpindah kerana kontrak sewa pusat khidmat sekarang tamat pada akhir tahun ini. Jika berpindah juga, kos diperlukan untuk pengubahsuaian dan perpindahan.

“Pusat khidmat di Jalan Temenggung di Bandar Mahkota Cheras, tidak terlalu jauh untuk penduduk datang mengemukakan aduan dan saya ada hubungan baik dengan persatuan penduduk tempatan,” katanya.hmetro

Siang berpuasa, malam jual tubuh

KUALA LUMPUR: “Sewaktu menjejakkan kaki ke sini, setahun lalu saya bersama-sama 20 rakan yang juga dari Indonesia ditempatkan di sebuah rumah di Brickfields beramai-ramai.
“Majikan memberitahu siang kami perlu berehat dan malam perlu ‘bekerja’ , hanya segelintir saja diminta ‘bekerja’ di siang hari,” kata Nadirah, 19, seorang pelacur warga Indonesia yang ditemui di sebuah rumah tumpangan di Brickfields.

Menceritakan saat-saat mula menjejakkan kaki ke negara ini, dia memberitahu pada awalnya ejen di Indonesia menawarkan pekerjaan kepadanya sebagai pelacur di Malaysia dan mereka dikehendaki memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

“Kerana keluarga kesempitan wang, akhirnya saya bertekad datang ke Kuala Lumpur dan kini sudah setahun bekerja sebagai pelacur. Sekarang ini pun pas lawatan sosial sudah tamat tempoh dan majikan tidak memperbaharuinya lagi.

“Siang kami berpuasa, tetapi malam kami melacur kerana kami dibayar gaji tetap RM800 sebulan. “Dan dengan duit itulah kami akan menghantar sebahagiannya kepada ibu bapa kami di Indonesia sebagai persediaan sambutan Aidilfitri,” katanya ketika menunggu pelanggan.

Nadirah mengakui terpaksa bekerja sebagai pelacur berikutan tiada pekerjaan di kampung asalnya di Bandung, Indonesia selain gaji yang diperoleh bertujuan membantu ibu bapanya yang kesempitan.


Menurutnya, walaupun dia tahu perbuatannya itu berdosa tambahan pula di bulan Ramadan, tetapi dia tiada pilihan kerana memerlukan wang untuk membantu ibu bapanya.

Katanya, walaupun bergelar pelacur dia memberitahu masih ada segelintir antara mereka masih berkesempatan berpuasa sebelum berbuka bersama. Selalunya waktu operasi bermula kira-kira jam 9 malam sehinggalah jam 4 pagi. Sesudah habis bekerja saya akan mandi wajib sebelum berpuasa keesokan harinya,” katanya.

Nadirah memberitahu majikannya mengaut keuntungan puluhan ribu semalaman dengan mengenakan bayaran antara RM30 dan RM60 bergantung kepada kualiti pelacur, tetapi hanya membayar gaji tetap RM800 sebulan kepadanya.

“Kami tidak diberikan komisen ataupun bonus sedangkan majikan untung ribuan ringgit satu malam,” katanya.

Wartawan Harian Metro yang menyamar pada malam itu ‘celik mata’ sejurus mendapati seorang pelacur warga Indonesia berumur 15 tahun sudah pun terjebak dengan pekerjaan itu.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Ani memberitahu terpaksa meninggalkan alam persekolahannya di Sumatera Barat kerana mahu membantu ibu bapanya mendapatkan wang tambahan “Sebulan saya dapat RM800, kadang-kadang RM850. Untuk ibu bapa, saya beri RM400 sebulan setakat berkemampuan membantu. Majikan kami ada bagi tahu kalau pelanggan tanya kami dari mana, jangan cakap kami orang Indon tapi bagi tau kami orang Filipina atau Vietnam,” katanya.

Ketika asyik menemubual, wartawan mendapati ramai rakyat tempatan yang sepatutnya memanfaatkan bulan Ramadan dengan amal ibadat tidak menghiraukannya, sebaliknya terbabit sama melanggan pelacur.hmetro

Pulang raya bawa jenazah

KUALA TERENGGANU: “Saya tidak menyangka hari raya tahun ini kami akan pulang membawa jenazahnya. Malah, sedih apabila pemergiannya secara mengejut di pagi Syawal tanpa sempat kami bermaafan,” kata Zaimi Mustapha, 50, bapa kepada Mohd Amirul Saedi, 21, yang maut dalam kemalangan jalan raya berhampiran Kampung Losong Haji Su, di sini, pagi semalam.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 7.15 pagi ketika mangsa bersendirian menunggang motosikal Yamaha 125Z dalam perjalanan pulang ke rumah keluarganya di Perumahan Polis Padang Hiliran, di sini, selepas keluar mengisi minyak motosikal di bandar raya ini.

Zaimi yang juga pegawai penyiasat berpangkat sarjan di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan anak ketiganya itu maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum merempuh tiang elektrik sebaik tiba di tempat kejadian.

“Ketika itu kami dalam perjalanan pulang ke kampung di Bachok, Kelantan dan sebaik tiba di Kampung Bukit Putera, Setiu, kami menerima berita sedih melalui panggilan telefon daripada rakan anak sebelum berpatah semula ke Kuala Terengganu.

“Saya terkedu ketika menerima berita sedih itu dan tidak menyangka kehilangan anak ketiga kerana pada malam sebelum kejadian arwah tidak menunjukkan sebarang petanda yang dia akan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.

“Pada malam itu, kami berbincang untuk balik beraya di Kampung Gunong, Bachok dan bersetuju untuk pulang dengan menaiki satu kereta saja pada jam 7 pagi walaupun sebelum ini arwah pernah balik sendirian dengan menunggang motosikal.


“Bagaimanapun, saya pasti arwah berubah fikiran dan mahu pulang sendirian sebelum keluar rumah untuk mengisi minyak motosikal selepas menunaikan solat Subuh,” katanya.

Zaimi berkata, selepas mendapati arwah tiada di rumah, dia bersama ahli keluarga lain membuat keputusan bertolak ke kampung tanpa arwah kerana beranggapan arwah akan pulang sendiri dengan menunggang motosikal kerana sebelum ini pernah berbuat demikian. Katanya, jenazah anaknya tiba di Bachok kira-kira jam 4 petang semalam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gunong, Bachok, kira-kira jam 5 petang, hari sama.

Dalam kejadian lain, seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabas sebaik melalui Jalan Abdul Rahman Limbong, di sini, kira-kira jam 6.50 pagi, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa, Zamzuri Deraman, 28, dari Kampung Gong Pak Maseh, di sini, dalam perjalanan menghala ke Jalan Pasir Panjang, di sini, sebelum terbabas sebaik tiba di jambatan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Razali, di sini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin, berkata kemalangan itu menyebabkan mangsa yang tercampak di susur jambatan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

hmetro



Modal RM20,000 punah eksekutif diburu along

KUALA LUMPUR: Malang berganda menimpa seorang eksekutif jualan apabila bukan saja ditipu sebuah syarikat pengeluar cecair pelincir untuk menjalankan perniagaan eksport hingga kerugian RM20,000, malah turut diburu along kerana membuat pinjaman semata-mata untuk perniagaan berkenaan.
Mangsa, Izudin, 25, berkata dia mengetahui mengenai syarikat berkenaan melalui iklan dalam akhbar sebelum menelefon seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai Aida.

Menurutnya, selepas berbincang, wanita terbabit bersetuju membekalkan cecair pelincir serta surat pengesahan mengenai status barangan itu yang konon sesuai untuk dieksport ke luar negara.

“Selepas bersetuju dengan perjanjian bermodalkan RM20,000, saya membuat bayaran ansuran RM5,000 pada 16 Ogos lalu sebelum membuat bayaran kedua RM2,000 pada keesokan hari.

“Wanita itu berjanji menghantar barangan berkenaan selepas saya selesai membayar wang modal itu dan turut membuat pinjaman along semata-mata untuk tujuan itu,” katanya, di sini.

Menurutnya, selepas membuat bayaran ansuran kedua, dia menerima e-mel surat perjanjian daripada wanita terbabit yang meyakinkannya untuk membuat pembayaran seterusnya.


Katanya, selepas menerima wang along, dia membuat bayaran terakhir pada 25 Ogos lalu sebanyak RM13,000 dan selepas menghubungi wanita terbabit, dia dimaklumkan majikannya sudah berada di Sabah untuk membawa pulang bekalan barangan itu sebelum dihantar kepadanya dalam dua hari.

Bagaimanapun, menurutnya, pada hari dijanjikan, dia tidak menerima barangan itu dan selepas mengesyaki tertipu, dia meminta wangnya dikembalikan dan membatalkan urus niaga itu.

“Apabila saya menghubungi majikan wanita itu, dia memaklumkan berada di Sabah dan urusan pemulangan semula wang akan diuruskan Aida, tetapi apabila menghubungi wanita terbabit, dia memberi jawapan sebaliknya.

“Selepas yakin tertipu, saya membuat laporan di Balai Polis Seksyen 15, Shah Alam,” katanya.

Ibu curi untuk anak

KAJANG: Hanya kerana mahukan anaknya memakai baju baru, seorang wanita mencuri beberapa pakaian dan barangan permainan bernilai RM597 di sebuah pusat beli-belah terkenal di Cheras.
Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang Ahad lalu, seorang pengawal keselamatan ternampak kelibat seorang pelanggan dalam keadaan mencurigakan di bahagian pakaian kanak-kanak.

Menurutnya, pengawal terbabit mengekori suspek yang masuk ke bilik persalinan bersama beberapa pakaian, tetapi suspek tidak mengetahui perlakuannya diperhatikan.

Katanya, tidak lama kemudian, suspek keluar, tetapi pakaian yang dibawa ke dalam bilik berkenaan tiada bersamanya.

“Mengesyaki suspek mencuri pakaian, pengawal berkenaan mengekori suspek hingga ke tempat letak kereta sebelum menahannya.

“Pengawal berkenaan mendapati beberapa baju dan seluar kanak-kanak serta mainan disembunyikan dalam beg suspek,” katanya.


Katanya, suspek dibawa ke pejabat pengurusan pusat beli-belah berkenaan untuk diambil keterangan sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata polis sudah mengambil keterangan suspek yang mengaku mencuri pakaian berkenaan. “Bagaimanapun, suspek dibebaskan dengan jaminan polis dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan,” katanya.
hmetro



Lapan anak kapal hanya terfikir mati

GEORGETOWN: “Saya fikir kami semua akan mati, namun bernasib baik apabila diselamatkan,” kata Riswan, 41, seorang daripada lapan anak kapal yang diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) selepas kapal mereka karam, kira-kira 21 batu nautika dari Pulau Kendi, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, kapal KLM Ayu Bahari dari Indonesia membawa muatan 140 tan belacan dalam perjalanan ke Satun, Thailand sebelum karam selepas dihempas ombak setinggi tiga meter. Menurut Riswan, ketika kejadian, hujan begitu lebat disertai angin kencang menyebabkan dia bersama rakan-rakan berusaha untuk menyelamatkan kapal tetapi tidak berjaya.

“Apa yang mampu kami lakukan ketika itu hanya berusaha untuk cuba menyelamatkan diri dan pada masa sama, kami berjaya menghantar satu mesej meminta bantuan kepada syarikat kami di Indonesia,” katanya.

Katanya, dia mengucapkan terima kasih kepada APMM yang menyelamatkan nyawa mereka kerana tanpa bantuan itu kemungkinan berlaku perkara lebih buruk.

Sementara itu, Pegawai Pemerintah Kapal Maritim Nyireh, Leftenan Maritim Mohd Najib Sam berkata, beliau bersama 21 anak kapalnya mengambil masa satu setengah jam untuk tiba ke lokasi selepas menerima panggilan kira-kira jam 11 pagi.

“Saya dapati keadaan mereka begitu lemah tetapi bersyukur kerana dapat menyelamatkan kesemua mangsa,” katanya.hmetro

Penunggang motosikal penyumbang utama kematian

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Seminggu selepas pelancaran Ops Sikap ke-24 oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, penunggang motosikal masih lagi penyumbang utama kepada kemalangan maut dengan jumlah kematian sebanyak 10 kes, semalam.
Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kenyataannya di sini hari ini, sebanyak 1,428 kemalangan berlaku semalam dengan 17 daripadanya adalah kemalangan maut.
Selain pengguna motosikal, pengguna kenderaan mencatatkan jumlah kematian sebanyak enam kes manakala pejalan kaki, satu kes.
Daripada jumlah itu, 10 kematian berlaku di jalan negeri, diikuti lima di jalan Persekutuan, serta masing-masing satu di lebuh raya dan jalan bandaran.
Menurut kenyataan itu lagi, jalan bandaran merekodkan jumlah kemalangan terbanyak iaitu 462 kes, diikuti jalan Persekutuan (460), jalan negeri (262), lebuh raya (167) serta jalan-jalan lain (77).
Sepanjang tempoh semalam, PDRM mengeluarkan sejumlah 10,154 saman atas pelbagai kesalahan.
Ops Sikap Ke-24 dilancarkan pada 22 Ogos lalu sempena Hari Raya Aidilfitri akan berakhir pada 6 September depan.utusan

Pemuda tertipu sindiket minta bantuan




THENG Book menerangkan kepada media mengenai sindiket penipuan wang dan David (kiri) menunjukkan laporan polis pada sidang akhbar Biro Pengaduan MCA Selangor di Petaling Jaya, kelmarin.


KUALA LUMPUR 30 Ogos - Bermodalkan 'ayat' kononnya begitu mudah untuk memperoleh wang, satu sindiket ligat menipu individu yang terdesak untuk mendapat pekerjaan.
Modus operandi sindiket itu adalah mencari mangsanya melalui iklan yang disiarkan di akhbar sebelum mengatur pertemuan kononnya bagi sesi temuduga.
Terbaru, seorang pemuda berusia 29 tahun menjadi mangsa penipuan sindiket itu. Lebih malang, dia ditahan polis dan terpaksa dibebaskan dengan membayar wang jaminan sebanyak RM49,000.
Menceritakan kejadian itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai David berkata, selepas tamat sesi temuduga itu, dia menerima panggilan telefon berhubung tawaran kerjanya pada keesokan harinya.
David memberitahu, pekerjaannya cukup mudah di mana dia hanya perlu membuka akaun di beberapa bank bagi dan melakukan transaksi setiap kali diminta berbuat demikian.
"Gaji berupa komisen satu peratus akan diberi bagi setiap pengeluaran," katanya ketika ditemui di Bangunan MCA Selangor di sini semalam.
David pula yang tidak mencurigai helah sindiket itu hanya bertindak seperti pak turut.
Setelah enam bulan bekerja, seperti biasa David diminta untuk mengeluarkan sejumlah wang dari sebuah bank di ibu negara dengan seorang lagi rakannya yang baru ditawarkan kerja itu dan diarah diserahkan kepada majikannya yang hanya dikenali sebagai Nick.
"Tidak sampai 10 minit, rakan saya mengeluarkan wang berkenaan dari bank, saya, rakan saya dan Nick ditahan polis ketika memasuki kereta," ujarnya.
Kata David, Nick pula dibebaskan kerana dia dikatakan tiada kaitan dengan transaksi itu selepas polis meneliti aliran keluar masuk akuannya.
"Malang bagi kami berdua yang terpaksa menjadi mangsa sindiket. Saya menyeru kepada semua supaya tidak mudah mempercayai mana-mana pekerjaan meragukan seumpama ini," katanya.
Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Selangor, Datuk Theng Book turut menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan iklan yang menawarkan gaji yang tinggi.
Menurutnya, David kini terpaksa menanggung derita akibat perbuatan orang lain dan dia kini sedang disiasat mengikut mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda jika disabitkan kesalahan.
Beliau memberitahu, MCA akan bertemu dengan pegawai Jabatan Peguam Negara serta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan bagi membincangkan isu tersebut.utusan

Tipu RM1 bilion

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Seramai sembilan individu yang dipercayai melakukan penipuan wang tunai hampir RM1 bilion sedang diburu oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Mereka terdiri daripada penganjur skim cepat kaya yang telah mengambil wang orang ramai ketika melakukan penipuan.
Sumber berkata, kesemua individu berkenaan diburu pihak polis selepas dilaporkan terlibat dalam penipuan terhadap orang ramai.utusan

Gempa bumi kuat di Laut Banda, Indonesia; tiada tsunami


KUALA LUMPUR 31 Ogos – Satu gempa bumi bermagnitud 6.8 pada skala Richter berlaku di Laut Banda, Indonesia, pada pukul 2.57 petang semalam, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
Bagaimanapun, kejadian itu tidak mencetuskan ancaman tsunami.
Dalam kenyataan semalam itu, gempa bumi kuat itu berlaku di 1,532 kilometer tenggara Tawau, Sabah. – Bernama, utusan

Jurukamera RTM meninggal selepas koma


KUALA LUMPUR – Seorang jurukamera RTM meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dekat sini semalam selepas berada dalam koma hampir seminggu selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya 24 Ogos lalu.
Seorang jurucakap polis trafik Selangor ketika dihubungi semalam mengesahkan Mohd Hanif Ngiring, 29, mengalami kecederaan parah di kepala dalam kejadian yang berlaku di sebuah kawasan di Subang.
"Allahyarham ketika kejadian sedang menunggang motosikalnya dan terbabas di satu selekoh pada petang 24 Ogos itu. Akibat kejadian itu, mangsa ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira 4.20 pagi semalam,” katanya.
Tinjauan di laman sosialnya mendapati, terdapat ratusan ucapan takziah di atas pemergiannya dan difahamkan jenazah telah selamat dikebumikan petang semalam di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat di sini.
Turut ditemui, komen yang menyebut Allahyarham telah menimang cahaya mata sulung (perempuan) pada 27 Ogos ketika Allahyarham tidak sedarkan diri. – Bernama, utusan

Pakai purdah sembunyi syabu


NORDIN (dua dari kiri) menunjukkan bengkung yang dipakai di badan untuk menyembunyikan syabu.

SHAH ALAM – Sindiket yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan syabu antarabangsa semakin kreatif dengan taktik-taktik terbaharu untuk mengelirukan pihak berkuasa bagi membawa masuk barang haram itu ke negara ini.
Selain menggunakan taktik kreatif seperti menjadikan syabu sebagai replika kepala harimau, memasukkan dadah dalam omboh enjin kereta, mi segera, ubi kayu atau pencuci rambut, kini ada dalam kalangan kurier dadah terbabit berlagak seperti seorang alim dengan wanita berpakaian purdah manakala lelaki memakai jubah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, taktik pemakaian purdah dan jubah bagi membawa syabu dikesan ekoran penahanan beberapa orang kurier dadah yang kemudian didapati menyembunyikan dadah dalam bengkung yang dipakai di badan.
“Ada warga Iran dikesan menyimpan syabu dalam bengkung di sebalik penampilan memakai jubah manakala bagi wanita memakai purdah menyembunyikan dadah di badan mereka,” kata beliau ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Pada awal tahun ini, menurut beliau, polis menahan tiga wanita Iran berpurdah yang kemudian dikesan menyembunyikan sejumlah dadah syabu di badannya di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang.
Sepanjang tahun lepas dan tahun ini, polis mencatatkan sebanyak 23 kes dadah disembunyikan dalam bagasi, menelan dadah (5), menyimpan di dalam silinder besi (2), menyimpan di dalam sabun mandi (1), menyembunyikan di dalam peket mi segera (2) dan menyimpan di dalam ubi kayu (20).
Semua rampasan itu dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan LCCT.
Mengulas mengenai tangkapan di KLIA, Nordin memberitahu, jumlah tangkapan warga asing membawa dadah meningkat secara mendadak pada setiap tahun.
“Pada tahun lalu sebanyak 164 orang ditahan termasuk 27 wanita dan tujuh kanak-kanak.
“Daripada jumlah tangkapan itu, rakyat Iran paling ramai ditahan dengan 114 orang lelaki dan 16 orang wanita,” kata beliau.
Baki tangkapan itu membabitkan rakyat India, Pakistan, Turki, Bulgaria, Thailand, Nigeria, Kenya, Togo dan Indonesia.
Bersama-sama dengan tangkapan itu, polis merampas sebanyak 154.21 kilogram syabu yang kesemuanya bernilai RM37 juta.
Sehingga Jun tahun ini, Nordin berkata, polis berjaya mengesan sebanyak 56 kes penyeludupan dadah jenis syabu di KLIA dengan 43 tangkapan.
“Jumlah terbesar warga asing yang ditangkap ialah 32 rakyat Iran termasuk 16 wanita,” kata beliau.kosmo

Tuesday, August 30, 2011

Anggota Polis Dan Sepupu Maut Kemalangan Di Pasir Puteh

PASIR PUTEH: Seorang anggota polis bersama sepupunya maut apabila motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta yang terbabas dari arah bertentangan di Km 5 Kampung Telosan, di sini Isnin.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Supritendan (DSP) Mohd Kamal Zainal berkata Konstabel Nuzul Haqimin Ibrahim, 23, dan sepupunya Mohd Redzwan Mat Hanafi, 25, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Chengal Pulas ketika kejadian.
"Nuzul (yang membonceng) dan sepupunya seorang mekanik terpelanting dan terhumban ke bahu jalan dalam kejadian 2.30 petang itu," katanya ketika ditemui di sini Isnin.
Katanya Mohd Redzwan mati di tempat kejadian, manakala Nuzul Haqimin meninggal dunia di Hospital Tengku Anis Pasir Puteh kira-kira sejam selepas diberi rawatan.
Nuzul Haqimin dari Unit Pengangkutan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam dan baru setahun bertugas di situ pulang ke kampung untuk menyambut hari raya, katanya.
Mengulas kejadian, Mohd Kamal berkata kereta Proton Saga yang dinaiki sepasang suami isteri dari arah Jalan Telosan menuju ke Pasir Puteh itu dipercayai terbabas ke haluan bertentangan sebelum merempuh motosikal terbabit.
Pemandu kereta itu cedera ringan dan kini ditahan bagi siasatan lanjut, katanya.
Sementara itu ibu Nuzul Haqimin, Siti Khatijah Abdul Rahman, 45, berkata anak kedua daripada enam beradik itu menunjukkan perubahan ketara sejak kebelakangan ini apabila menjadi pendiam dan sentiasa muram.
Katanya arwah anaknya itu juga ada memberitahu kakaknya Nurul Zielawati bahawa dia tidak akan berkesempatan menyambut Aidifitri tahun ini.
Malah katanya, Nuzul Haqimin juga tidak membuat sebarang persiapan raya termasuk menyediakan pakaian baru seperti sebelum ini. - BERNAMA,mstar

Tukang Besi Hadapi Lapan Pertuduhan Miliki Senjata Api, Peluru Dan Bahan Letupan



Adik-beradik, Nyan Swee keat, 41, (dua, kanan) dan Nyan Swee Tik, 35 (dua, kiri) menghadapi tuduhan memiliki senjata api di Mahkamah Majistret Kangar dekat Kangar, Isnin. Mereka masing-masing menghadapi lapan dan tiga pertuduhan memiliki sejumlah senjata api, peluru, bahan letupan dan senjata merbahaya lain. Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah dan akan dibicarakan pada 3 Oktober nanti. Dalam kejadian 18 Ogos lalu, polis telah menahan dua beradik ini di Taman Perlis dan membawa kepada penemuan sejumlah senjata api, peluru, bahan letupan dan beberapa senjata tajam lain. - Foto BERNAMA
KANGAR: Seorang tukang besi pada Isnin dihadapkan ke Mahkamah Majistret kerana menghadapi lapan pertuduhan memiliki senjata api pelbagai jenis peluru dan bahan letupan termasuk tiga pertuduhan secara bersama dengan adiknya.
Bagaimanapun kedua-dua adik-beradik itu Nyan Swee Keat, 41 dan adiknya seorang peniaga Nyan Swee Tik, 35, yang menetap di Taman Perlis tidak mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah, Monica Joseph Gaisah yang bertindak sebagai Majistret.
Majistret menetapkan 3 Oktober untuk sebutan semula kes dan kedua-duanya tidak dibenarkan ikat jamin.
Kesemua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan sekurang-kuranganya enam sebatan.
Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun, denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang juga membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanyanya jika disabitkan.
Dalam pertuduhan pertama, Swee Keat dituduh memiliki dua senjata api iaitu sepucuk revolver.38 "S&W SPL2" dan sepucuk revolver.38 "2" tanpa kebenaran yang sah dalam sebuah almari besi tiga tingkat di sebuah garaj kenderaan, di hadapanrumah no. 34, Lorong Satu Taman Perlis pukul 12 tengah hari, 18 Ogos lalu.
Dia turut dituduh memiliki 143 butir peluru pelbagai jenis tanpa kebenaran yang sah dalam almari yang sama pada waktu yang sama.
Selain itu dia juga dituduh memiliki dua beg plastik lutsinar dan dua beg plastik warna kuning yang mengandungi bahan letupan tanpa kebenaran yang sah dalam bonet kereta jenis Mercedez Benz yang terletak di kawasan gelanggang bola keranjang, Taman Perlis pukul 4.15 petang hari yang sama.
Bagi pertuduhan selanjutnya dia dituduh pada pada masa dan tarikh yang sama memiliki selaras senapang patah 12 Bore Single Barrel jenis Belgium Model 1980 tanpa kebenaran yang sah dalam kenderaan yang sama selain dituduh memiliki sebutir peluru 12 bore warna biru tanpa kebenaran yang sah dalam kenderaan yang sama juga pada waktu dan hari yang sama.
Dalam pertuduhan bersama dengan adiknya, mereka dituduh secara bersama pada 18 Ogos lepas, pukul 2.30 petang di pejabat syarikat Nyan Engineering Sdn Bhd di No 8, Lorong 2, Taman Perlis memiliki 51 butir peluru pelbagai jenis tanpakebenaran yang sah.
Kedua-dua lelaki itu turut dituduh secara bersama memiliki sebanyak 1,049 butir peluru pelbagai jenis tanpa kebenaran yang sah dalam bonet kereta jenis Hyundai Accent di kawasan gelanggang bola keranjang Taman Perlis.
Mereka juga dituduh secara bersama pada hari, waktu dan lokasi yang sama memiliki sepucuk pistol auto Glock 19 dan sepucuk pistol Pietro Beretta 9 mm tanpa kebenaran yang sah dalam kenderaan yang sama.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Azman Abu Hassan dan kedua-dua adik-beradik itu diwakili peguam M.Athimulan. - BERNAMA, mstar

Ops Sikap: 13 kematian di Johor

JOHOR BAHRU – Johor mencatatkan 13 kematian di jalan raya sepanjang pelaksanaan Ops Sikap ke-24 sehingga semalam, dengan lima daripadanya berlaku di jalan negeri.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, sepanjang tempoh itu sebanyak 1,361 kes kemalangan dilaporkan.
“Sebanyak 12 kemalangan maut berlaku menyebabkan 13 kematian di mana empat kemalangan itu berlaku di jalan negeri yang melibatkan lima kematian,” katanya ketika ditemui pada rumah terbuka sempena Aidilfitri di kediamannya, di sini hari ini.
Beliau berkata, seramai 420 anggota dan pegawai polis ditugaskan di 46 kawasan yang dikenal pasti sebagai kerap berlaku kemalangan.
Bagi tempoh itu juga sebanyak 5,644 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik, katanya. – Bernama

2 sahabat naiki motosikal maut dalam nahas di Pekan


KUANTAN 30 Ogos – Dua sahabat terbunuh selepas motosikal yang dinaiki dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kemalangan di Km 45 Jalan Kuantan-Segamat dekat Pekan, semalam.
Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Yahaya Othman berkata, dalam kejadian 11.10 malam itu, Zul Afiq Asyraf Zulkefle dan Mohamad Azharin Zanaruddin, kedua-dua mereka berusia 18 tahun, dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Segamat.
"Sampai di tempat kejadian, MPV jenis Naza Ria dipercayai dipandu lelaki berusia 30-an tidak sempat mengelak lalu merempuh motosikal yang berada di tengah-tengah jalan raya,” katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata, Zul Afiq Asyraf maut di tempat kejadian, manakala Mohamad Azharin meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.
Yahaya berkata, kedua-dua remaja terbabit juga didapati tidak memakai topi keledar ketika kejadian.
"Keadaan jalan juga lurus serta permukaan jalan kering, namun keadaan tempat kejadian agak gelap,” katanya. – Bernama, utusan

Motif guna asid: cemburu dan samun



KUALA LUMPUR 29 Ogos – Polis mengenal pasti dua punca dalam kejadian menyimbah asid yang berlaku di ibu negara sejak awal tahun ini.
Selain bermotifkan cemburu, cecair asid dikesan menjadi senjata untuk penjenayah dalam melakukan jenayah samun.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, hasil siasatan yang dilakukan, kebanyakan kejadian itu berlaku akibat cemburu.
“Akibat tidak berpuas hati dengan mangsa dalam perhubungan tertentu, suspek bertindak menyimbah asid.
“Dalam kejadian seperti itu, suspek lebih mudah dikesan kerana mereka dikenali mangsa walaupun kadangkala mangsa tidak sempat melihat penjenayah berkenaan,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Tambah beliau, sejak kebelakangan ini, polis mengesan punca baru dalam dua kejadian kejadian simbahan asid iaitu penjenayah ingin menyamun mangsa.
Kata beliau, tindakan yang dilakukan penjenayah sememangnya kejam kerana tindakan menyimbah asid menyebabkan mangsa merana sedangkan hasil samun belum pasti lumayan.
“Oleh itu, polis berharap orang ramai berhati-hati dan tidak menunjukkan sesuatu yang dapat menarik perhatian penjenayah,” ujarnya.

2 keluarga sambut raya tanpa rumah

KOTA BHARU: Aidilfitri tahun ini tidak membawa sebarang makna kepada dua keluarga apabila kediaman berkembar yang disewa bersama 18 orang menjadi arang sekelip mata selepas hangus dalam kebakaran di Wakaf Mek Zainab, dekat sini, pagi semalam.
Kejadian kira-kira jam 11.50 pagi menyebabkan kemeriahan menyambut Aidilfitri keluarga terbabit bertukar hambar sebaliknya hanya linangan air mata menjadi pengganti kerana semua harta benda hangus termasuk pakaian dan kuih raya.

Menurut mangsa kebakaran, Rozali Abu Bakar, 58, ketika kejadian dia dan beberapa ahli keluarga berada di rumah, manakala anak dan cucu yang lain keluar ke bandar untuk membeli lauk sebagai juadah berbuka puasa.

“Saya ketika itu berada dalam bilik air dan terasa bahang panas menyebabkan saya bergegas keluar. Saya terkejut apabila melihat api keluar dari celah dinding dan mengarahkan anak serta ahli keluarga lain yang berada dalam rumah keluar menyelamatkan diri.

“Semua pakaian raya milik anak dan cucunya yang baru pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri hangus dijilat api dan kini kami tinggal sehelai sepinggang,” katanya.

Katanya, kebanyakan anaknya tinggal di luar Kelantan termasuk di Kuala Lumpur dan baru tiba di rumah itu petang kelmarin, selain mereka sekeluarga merancang berbuka puasa bersama.


Rozali berkata, semua persiapan menyambut Aidilfitri musnah, tetapi tetap bersyukur kerana semua ahli keluarganya selamat.

Dia yang bekerja sebagai tukang gunting rambut berkata, keluarganya reda dengan apa yang berlaku dan mungkin sudah ditakdirkan tiada rezeki pada kali ini.

“Saya juga sedih kerana anak-anak yang baru pulang tidak dapat menyambut Aidilfitri termasuk cucu yang begitu ceria untuk beraya di kampung,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Wan Halimah Wan Hasan, 44, berkata dia yang berada di halaman rumah bersama seorang kanak-kanak, Norshahira Anuar, 2, yang dijaganya terkejut sejurus dimaklumkan jiran mengenai kebakaran rumahnya itu.

Katanya, dia cuba masuk ke dalam rumah tetapi gagal kerana api marak dengan pantas dan hanya sempat mengambil beg tangan yang berada di ruang tamu.

“Semua pakaian hari raya termasuk milik anak tunggal, Maziana Mohamad, 23, juga hangus,” katanya.

Wan Halimah berkata, ketika kejadian suaminya, Mohamad Nor Yusof, 60, tiada di rumah kerana keluar bekerja sebagai pembantu kedai di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, dekat sini. Dalam perkembangan berkaitan seramai 35 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Kota Darulnaim dan Pengkalan Chepa bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11.52 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Wan Hasan Wan Idris, berkata ketika tiba di tempat kejadian hampir keseluruhan rumah terbabit terbakar dan pasukannya mengambil masa 15 minit untuk mengawal api di rumah berkenaan.

“Jumlah kerugian dianggarkan RM100,000 manakala punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.
bharian

Tidak serik kena tahan


RAMPAS...anggota penguat kuasa MPN merampas  peralatan komputer dari sebuah premis judi di Nilai.
RAMPAS...anggota penguat kuasa MPN merampas peralatan komputer dari sebuah premis judi di Nilai.

NILAI: Aktiviti perjudian Internet terus berleluasa di sekitar daerah ini hingga membuatkan pelbagai pihak terutama ibu bapa dan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak senang hati kerana ia menjadi tempat tumpuan terutama golongan remaja.
Menyedari hakikat itu, Majlis Perbandaran Nilai (MPN) memperhebatkan operasinya membanteras kegiatan itu untuk memastikan kegiatan haram berkenaan dapat disekat.

Dalam operasi terbaru agensi itu, sebuah premis judi Internet di Taman Semarak, diserbu dan 20 set peralatan komputer digunakan sebagai mesin judi dirampas, baru-baru ini.

Pengarah Undang-Undang dan Penguat Kuasa MPN, Syamsul Amri Ismail, berkata berdasarkan siasatan, pihaknya mendapati pengusaha pusat berkenaan pernah ditahan sebelum ini dan dikenakan denda kerana kesalahan sama.

“Pengusaha terbabit didapati tidak serik kerana masih meneruskan kegiatan itu walaupun pernah dikenakan hukuman denda, oleh itu kita bercadang untuk mengenakan hukuman yang lebih berat pengusaha yang didapati bersalah,” katanya di lokasi operasi.

Menurutnya, mereka yang melakukan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 di mana jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman sehingga RM50,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya.


Katanya, enakmen itu juga membabitkan pemilik premis yang bersubahat kerana membenarkan perniagaan seperti itu berlangsung di premis miliknya.

“Pemilik premis perlu lebih berhati-hati sebelum beri sewa kepada pengusaha kerana aktiviti perniagaan ini nyata bertentangan undang-undang negara,” katanya.

Katanya, semua barangan dirampas disita dan tidak akan dilepaskan sehingga kes berkenaan dibicarakan.

“Kami akan terus memperhebatkan lagi operasi bagi memerangi aktiviti haram itu habis-habisan,” katanya.
hmetro

Duit RM50 jadi kenangan

PASIR PUTEH: “Perasaan saya cukup hiba mengenangkan kejadian menimpa anak (Allahyarham Nuzul Haqimi) kerana dia tidak langsung menggunakan wang RM50 yang saya berikan kepadanya untuk membeli songkok, sebaliknya disimpan rapi di dalam dompetnya.
“Mungkin kerana malu dan tidak mahu mengecewakan saya, dia tidak menolak pemberian itu, tetapi disimpan untuk kenangan terakhir," kata Siti Khadijah Abdul Rahman, 45, ibu kepada seorang anggota polis berpangkat konstabel yang maut dalam kemalangan, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, perjalanan dua sepupu untuk membeli barangan motor bertukar tragedi berdarah apabila mereka maut selepas motosikal ditunggangi bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 5, Jalan Pasir Puteh-Telosan, dekat sini, petang kelmarin.

Akibat pertembungan itu, Nuzul Haqimi Ibrahim, 23, yang membonceng dikatakan tersembam ke atas jalan raya, manakala sepupunya, Mohd Ridzwan Mat Hanapi, 25, yang bekerja mekanik di sebuah bengkel di Johor Bharu melambung setinggi satu meter sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.


Nuzul Haqimi yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, Selangor meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Tengku Anis (HTA), kira-kira sejam kemudian, selepas mengalami kecederaan di kepala.hmetro

Pengantin baru maut nahas

PERMAISURI: Seorang buruh yang baru melangsungkan perkahwinan sebulan lalu maut manakala seorang remaja berusia 16 tahun cedera parah selepas kedua-dua kereta dipandu mereka bertembung dalam kemalangan di Kampung Merang, Penarik, Setiu, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 itu, mangsa, Mohd Sapira Mohd Salleh, 30, dari Kampung Padang Pisang, Tepoh, Kuala Terengganu yang tersepit di bahagian pemandu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di muka, pecah tempurung kepala, patah paha kanan dan leher.

Seorang lagi mangsa yang juga pelajar tingkat empat di sebuah sekolah menengah di Setiu, Mohamad Arif Mohammad, 16, yang berasal dari Kampung Merang, Penarik, Setiu dikejarkan ke Hospital Setiu untuk rawatan lanjut akibat cedera parah di muka dan badan.

Rakan mangsa, Fauzi Mohammad, 48, berkata kejadian dipercayai berlaku ketika dia sedang berbuka puasa apabila terdengar bunyi kuat di luar rumah.

“Pada mulanya, saya menyangka bunyi letupan itu disebabkan ada yang bermain mercun. Namun, sangkaan saya meleset apabila melihat kemalangan dua kereta.

“Lebih mengejutkan, mangsa ialah kenalan saya sendiri,” katanya yang ditemui di tempat kejadian di sini, malam kelmarin.hmetro

Wanita ditahan kes suami disimbah asid

KOTA BHARU: Wanita berusia 47 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes simbahan cecair dipercayai cuka getah terhadap suaminya seorang peniaga murtabak hingga mengakibatkan mangsa melecur di muka dan separuh badan, manakala mata kanannya kabur.
Timbalan Ketua Polis daerah, Superintendan Idris Abd Rafar berkata, tindakan menahan wanita berkenaan dilakukan malam kelmarin dan siasatan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

“Wanita terbabit yang juga isteri mangsa ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes membabitkan suaminya. Dia hadir di Ibu Pejabat Polis Kota Bharu (IPD) Pengkalan Chepa, malam kelmarin selepas diminta berbuat demikian.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai akibat perselisihan faham, selain tidak menolak tekanan perasaan menjadi sebab kejadian itu berlaku,” katanya.

Sementara itu, biras mangsa, Abdul Ghani Yaacob, 49, berkata, keadaan Mahyudin Abdullah, 47, semakin stabil selepas menerima rawatan sejak dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) pagi kelmarin.

Katanya, mangsa yang diletakkan di Unit Kebakaran, Wad Teratai HRPZ II di sini, dijaga anak perempuannya berusia 15 tahun.


“Selepas dirawat di wad kecemasan HRPZ II pagi semalam (kelmarin), mangsa ditempatkan di Unit Kebakaran, Wad Teratai, kira-kira jam 3 petang dan keadaannya ketika itu agak stabil,” katanya.

Akhbar semalam melaporkan, seorang peniaga murtabak melecur di muka dan separuh badan manakala mata kanannya kabur akibat disimbah sejenis cecair dipercayai cuka getah oleh isterinya selepas mereka bertengkar dalam kejadian di Kampung Kok Lanas di sini, pagi kelmarin.hmetro

Buang anak dalam sampah

SANDAKAN: Di mana hilangnya nilai kemanusiaan seorang ibu apabila membuang bayi di tempat pembuangan sampah ketika umat Islam membuat persiapan akhir menyambut ketibaan 1 Syawal.
Lebih malang, mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat itu hanya dibalut plastik hitam dan dipercayai baru dilahirkan itu ditemui berhampiran bazar Ramadan di belakang sebuah pasar raya, di sini, semalam.

Mayat bayi itu ditemui tukang sapu Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Hajjah Kijar, 60, ketika membuang sampah di tempat pembuangan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rowell Marung, berkata mayat bayi itu ditemui tukang sapu ketika membersihkan kawasan berkenaan, kira-kira jam 2.20 petang.

Menurutnya, pekerja terbabit terkejut apabila melihat satu plastik hitam yang mencurigakan ketika mahu membuang sampah ke dalam tong di kawasan itu.

“Lelaki terbabit memeriksa plastik itu dan terkejut apabila menemui mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat di dalamnya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Menurut Rowell, tukang sapu itu membuat aduan kepada dua anggota polis yang bertugas di bazar Ramadan di kawasan itu.

Rowell berkata, beberapa anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan pemeriksaan mendapati bayi itu mempunyai kesan darah dan bertali pusat. “Bayi cukup sifat ini dibalut dengan plastik hitam, namun tiada kesan kecederaan lain ditemui pada tubuhnya dan mayat itu sudah dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk dibedah siasat dan usaha mengesan individu bertanggungjawab membuang bayi terbabit giat dijalankan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318, Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi.

“Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian terbabit menghubungi pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, Inspektor Joseph Anak Jumit di talian 019-8052069 bagi membantu siasatan,” katanya.bharian

Pertahan diri guna lemang

KUALA LUMPUR: Seorang ahli jawatankuasa penduduk kampung di Hulu Klang terpaksa mempertahankan dirinya dengan sebatang lemang bagi mengelakkan terus dibelasah dua lelaki yang naik angin kerana ditegur mendirikan pondok tanpa kebenaran, kelmarin.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa berusia 52 tahun terbabit bersama seorang rakannya mengadakan rondaan di kampung mereka dan mengesan sebuah pondok haram didirikan berdekatan kawasan surau.

Sumber berkata, mangsa menegur seorang lelaki yang dipercayai membina rangka pondok itu dengan memberitahu pembinaan pondok itu menyalahi undang-undang dan mengganggu penduduk kampung.

“Akibatnya, lelaki berkenaan tidak berpuas hati dengan mangsa dan mula maki hamun selain mendakwa kawasan berkenaan tanah kerajaan dan sesiapapun berhak ke atas tanah berkenaan.

“Perselisihan faham itu berlanjutan sehingga suspek menyerang mangsa dengan sebatang kayu,” katanya.

Beliau berkata, rakan mangsa yang ketakutan melarikan diri untuk meminta pertolongan penduduk kampung dan mangsa sempat menyambar sebatang lemang yang diletakkan atas para untuk dibakar bagi mempertahankan dirinya.


Menurutnya, suspek melarikan diri selepas mangsa yang cedera di tulang rusuk dan pengsan di tempat kejadian.

Mangsa dibawa ke klinik berdekatan oleh penduduk kampung sebelum membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati.hmetro

Penjenayah ganas makan tak bayar


RAMPAS...Wan Abdul Bari (dua dari kiri) menunjukkan pistol tiruan yang dirampas daripada suspek.
RAMPAS...Wan Abdul Bari (dua dari kiri) menunjukkan pistol tiruan yang dirampas daripada suspek.

KUALA LUMPUR: Empat lelaki berusia 30-an yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan curi, samun, rogol dan pengedaran dadah sejak awal tahun ini ditahan polis di Jalan Maarof, di sini.
Tangkapan dilakukan pada jam kira-kira 11.30 malam, Jumaat lalu, selepas polis menerima aduan seorang pelayan restoran berusia 26 tahun yang diancam dengan pisau oleh seorang daripada suspek, sejam sebelum itu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata sebelum itu pengadu mengejar dua daripada suspek yang makan di restoran berkenaan selepas mereka meninggalkan pelayan premis itu tanpa membuat bayaran.

Bagaimanapun, ketika dihampiri, seorang daripada suspek mengeluarkan pisau sambil mengugut pengadu sebelum menyerahkan telefon bimbit kepadanya.

“Selepas mendapat aduan, polis membuat rondaan di sekitar Jalan Maarof di sini dan menangkap semua suspek.

“Pemeriksaan polis mendapati tiga suspek berasal dari Kangar, Perlis, serta seorang lagi beralamat di Ampang. Masing-masing mempunyai rekod jenayah bersabit pelbagai kesalahan termasuk curi, rogol dan dadah,” katanya pada sidang media di pejabatnya semalam.


Selain itu, ujian air kencing terhadap suspek mendapati semua mereka positif dadah dan akan direman sehingga hari ini.

Menurut Wan Abdul Bari, berikutan tangkapan itu, polis juga menemui sebuah Proton Waja, peralatan menghisap dadah, satu set kunci kereta serta sepucuk pistol tiruan.

Katanya, semua suspek dipercayai terbabit 15 kes jenayah di Brickfields sejak awal tahun ini dan siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki warga Nigeria berusia 29 tahun yang menetap di negara ini sejak empat bulan lalu, ditahan selepas polis menemui dadah jenis kanabis seberat 8355 gram bernilai kira-kira RM15,000 di sebuah kondominium di Sri Petaling, di sini, Sabtu lalu.

Wan Abdul Bari berkata, polis yang mendapat maklumat orang ramai membuat serbuan pada jam kira-kira 12.15 tengah malam ke rumah suspek sebelum menemui dadah berkenaan dalam satu bagasi dan sebuah beg.

“Suspek yang mempunyai dokumen sah untuk masuk ke negara ini kini direman sehingga 2 September,” katanya.

Pekerja pusat jagaan kelar lapan kanak-kanak

SHANGHAI: Seorang pekerja mengelar kanak-kanak di sebuat pusat jagaan untuk pekerja pendatang di timur Chna, menyebabkan lapan orang cedera.
Serangan berlaku tengah hari di daerah Minhang, pinggir bandar raya Shanghai, pusat tumpuan ramai pekerja pendatang.

Penyerang wanita itu kini dalam tahanan polis untuk disoalsiasat, kata Zhuang Liqiang, pegawai Biro Keselamatan Awam Shanghai.

Daripada lapan kanak-kanak itu, empat dihantar ke hospital untuk dirawat sementara empat lagi hanya cedera ringan. Penyerang dipercayai mengalami sakit jiwa. - AP, bharian

Diari bongkar kegiatan pencuri

SEOUL: Seorang pencuri ditangkap selepas polis menemui maklumat mengenai kegiatan jenayahnya di dalam diarinya, lengkap dengan alamat tempat dia mencuri serta perkataan seperti ‘jackpot’ (cepumas).
Lelaki Seoul berusia 42 tahun itu yang dikenalpasti sebagai Kim saja, mencuri beg mewah, barang kemas dan elektronik bernilai 320 juta won (RM900,000) daripada beberapa rumah sepanjang enam tahun.

Dia ditangkap bulan ini selepas kamera litar tertutup sebuah mesin pengeluar wang automatik merakam gambarnya cuba mengeluarkan wang dengan mengguna kad kredit yang dicuri.

Kim mulanya menafikan dia terbabit dalam rompakan, tetapi kemudian mengaku selepas polis menyerbu rumahnya.

Bersama-sama longgokan barang curi itu, polis juga menemui diari yang mengandungi maklumat mengenai jenayahnya, termasuk alat rumah yang dirompak dan penilaian secara harian mengenai sama ada hasil rompakan itu baik atau tidak.

Penyiasat, Lee Hyun-Yeong berkata, Lee menggunakan horoskop bulanan di Internet untuk memilih hari ‘terbaik’ untuk mencuri. -AP, bharian

Kemalangan kerap jam 2 hingga 4 petang


KHALID beramah mesra dengan anggota trafik yang bertugas ketika melawat Ops Sikap Ke-24 Sungai Buloh, semalam.
KHALID beramah mesra dengan anggota trafik yang bertugas ketika melawat Ops Sikap Ke-24 Sungai Buloh, semalam.

KUALA LUMPUR: Sebahagian besar nahas jalan raya sepanjang musim perayaan terutama kemalangan maut dikenal pasti berlaku antara jam 2 hingga 4 petang, dipercayai akibat keletihan dan keadaan cuaca, selain kecuaian sendiri atau pengguna lain.

Justeru, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar mengingatkan orang ramai mendapat cukup rehat sebelum memulakan perjalanan ke kampung bagi memastikan tumpuan sepenuhnya ketika memandu, selain lebih berhati-hati ketika hujan.
“Ops Sikap Ke-24 menunjukkan peningkatan 22 peratus dari segi jumlah nahas sejak dilancarkan pada 23 Ogos lalu, berbanding tempoh sama tahun lalu, manakala angka kematian meningkat 26 peratus.
“Seramai 117 nyawa melayang hanya dalam tempoh enam hari operasi dilancarkan, dengan 71 daripadanya membabitkan penunggang motosikal.

“Ini cukup membimbangkan, lebih-lebih lagi 40 peratus kemalangan berlaku di Jalan Persekutuan yang jelas menunjukkan bukan semua pengguna yang ingin balik kampung terbabit dalam kemalangan tetapi pengguna yang biasa menggunakan laluan itu setiap hari,” katanya selepas meninjau Tapak Penugasan Ops Sikap ke-24 di Jalan Sungai Buloh–Kuala Selangor, di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Md Rashid dan Ketua Trafik Pasukan, Datuk Abd Aziz Yusof.

Khalid turut kesal dengan sikap segelintir pengguna jalan raya yang bukan hanya memandu, malah memberhentikan kenderaan sesuka hati di lorong kecemasan sehingga boleh membahayakan pengguna lain, terutama penunggang dan pembonceng motosikal.
“Inilah antara sikap yang menyumbangkan kepada peningkatan perangkaan kemalangan dan jumlah kematian. Jangan pentingkan diri sendiri, jangan berhenti di lorong kecemasan kalau tiada sebab. Di sepanjang lebuh raya, ada banyak kawasan hentian rehat dan rawat (R&R) tempat tidak membahayakan pengguna lain.

“Saya dimaklumkan ada kes membabitkan kereta yang berhenti di lorong kecemasan dilanggar motosikal atau lori. Ini yang mahu kita elakkan, malah saya sudah mengarahkan pegawai dan anggota trafik bertugas untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang sengaja berhenti di situ,” katanya.

Sementara itu, 23 lagi kematian dicatatkan pada hari keenam Ops Sikap Ke-24 kelmarin, sekali gus menjadikan keseluruhannya 117 kematian dicatatkan sehingga kini.

Perangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan 20 kemalangan maut di seluruh negara kelmarin, dengan 11 daripadanya berlaku di Jalan Persekutuan, diikuti Jalan Negeri (tujuh), lebuh raya (tiga) dan masing-masing satu kes di Jalan Bandaran serta lain-lain laluan. Angka kematian tertinggi dicatat penunggang dan pembonceng motosikal (18), diikuti lima pemandu dan penumpang kereta.. bharian

Lebih enam kampung dilanda banjir



PENDANG – Lebih enam kampung di Pendang dilanda banjir berikutan hujan berlarutan hampir seminggu lalu seluruh Kedah sehingga melibatkan kira-kira sepuluh rumah di kampung terbabit dilanda banjir.

Tinjauan bersama Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Pendang mendapati, antara yang dilanda banjir adalah Kampung Pondok Hampar, Banggol Kambing, Seberang Pendang, Tanjung Radin, Banggol Besi dan beberapa kampung lain berhampiran itu.

Pegawai JPAM Pendang, Roshasniza Roski berkata, anggota JPAM akan sentiasa bersiap sedia membuat tinjauan di semua kawasan yang dilanda banjir termasuk rumah yang ditenggelami air.

Menurutnya, keadaan paras air sungai kini berada di paras berjaga-jaga iaitu 2.7 meter dan keadaan dijangka bertambah buruk memandangkan keadaan cuaca yang hujan setiap hari.

“Setakat kini kira-kira sepuluh rumah yang dilanda banjir, namun masih tiada mangsa yang dipindahkan setakat ini. Anggota JPAM akan sentiasa bersiap sedia jika ada arahan perpindahan yang dikeluarkan untuk mereka.

“Beberapa anggota akan bersiap sedia walaupun pada hari perayaan, kerana paras air sungai dilihat semakin meningkat dari masa ke semasa,” katanya kepada :Sinar Harian.

Sementara itu, beliau turut menasihati agar semua waris dapat mengawasi anak masing-masing pada musim banjir ini dan tidak menghampiri kawasan sungai dan parit.SH

Surat tawaran palsu



IPOH – Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Lenggong, Mohd Subari Muhamed, 26, membuat laporan polis di Balai Polis Lenggong Khamis lalu berhubung surat palsu yang menawarkan bantuan wang sejumlah RM300 dari pihak ahli parlimen sebelum hari raya ini kepada penduduk kawasan berkenaan.

Menurutnya, perkara itu mula disedari selepas beberapa ahli Umno di Parlimen Lenggong menerima surat yang disyaki didalangi pihak tertentu bagi menimbulkan kemarahan penduduk.

“Isi kandungan surat itu mendakwa penerima akan diberikan RM300 daripada Ahli Parlimen Lenggong dan mereka diminta datang menuntutnya di pejabat.

“Surat itu turut menyatakan penerimanya terdiri daripada mereka yang tercicir daripada mengikuti rombongan ke Kuala Lumpur, Putrajaya dan Langkawi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Subari menegaskan bahawa segala isi kandungan yang tercatat dalam surat berkenaan adalah palsu termasuklah tanda tangan, rujukan dan kepala surat (letter head).

“Saya juga ingin menyatakan bahawa pejabat Ahli Parlimen Lenggong tidak pernah menyalurkan sebarang bantuan dengan cara berkenaan.

“Kami tidak beri bantuan secara bersurat kecuali mereka yang menghadapi masalah datang sendiri ke pejabat dengan surat pengesahan dan sokongan kepimpinan kampung.

“Lazimnya setiap bantuan yang disampaikan akan disalurkan sama ada melalui ketua kampung atau kepimpinan yang diiktiraf sahaja,” katanya.

Sementara itu, ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah ketika dihubungi semalam, meminta rakyat berwaspada dengan pelbagai tipu helah yang sedang dilakukan pihak tertentu dengan tujuan memburukkan kepimpinan dan wakil rakyat sedia ada.

“Saya harap polis akan membuat siasatan segera supaya pihak terbabit dapat dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya,” katanya.SH

Waspada di 20 laluan maut



ALOR SETAR - Terdapat lebih 20 lokasi yang kerap berlaku kemalangan di kesan di negeri ini dan pengguna jalan raya dan lebuh raya diminta lebih berhati-hati, khususnya dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kedah, M Surentharan berkata, pada tahun lalu, sejumlah 531 kematian dicatatkan di negeri ini, melibatkan kawasan-kawasan berkenaan.

“Antara lokasi yang kerap berlaku kemalangan ialah Kilometer (KM) 26 Jalan Serdang-Kulim, KM1 hingga KM9 Jalan Alor Setar-Pokok Sena, KM8 Jalan Alor Setar-Kangar, KM1 hingga KM3 Jalan Alor Setar-Sungai Petani (Tandop), KM51 Jalan Alor Setar-Butterworth, KM39 hingga KM69 Jalan Alor Setar-Butterworth, KM8 Jalan Gurun-Jeniang, KM5 Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil, Batu (Bt) 5 Jalan Bedong-Tanjung Dawai.

“Manakala di kawasan lain termasuklah KM12 Jalan Kulim-Mahang (kilang baru), KM32 Jalan Kulim, KM19 hingga KM25 Jalan Alor Setar-Kangar, KM7 Bukit Tekoh (Langkawi), Simpang 3 Landak (Jalan Kulim-Gerik), KM1 Jalan Kuala Nerang-Pokok Sena, Titi Haji Idris-Pendang, KM23 Jalan Alor Setar-Sungai Petani, KM12 Jalan Jeniang-Sik, KM16 hingga KM20 Lebuhraya Utara Selatan, KM29.3 Jalan Sungai Petani-Baling, dan KM58 hingga KM60 Lebuhraya Utara Selatan,” katanya.

Menurutnya, menjelang musim perayaan kali ini, aliran trafik di kawasan utara semakin bertambah dan pengguna jalan raya, khususnya penunggang dan pembonceng motosikal dinasihatkan agar lebih berhati-hati semasa melalui kawasan terbabit.

“Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini, hujan lebat menyebabkan terdapat banyak jalan yang rosak dan ia juga boleh mengundang kemalangan sekiranya pengguna jalan raya tidak berwaspada,” katanya.



Ops Sikap 22 catat 918 kemalangan



Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kedah turut mengesan beberapa lokasi lain yang turut dikenal pasti sebagai lokasi yang kerap berlaku kemalangan maut, selain daripada lokasi yang dimaklumkan sebelum ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, lokasi terbabit termasuklah di Kubang Pasu; Jalan Jitra-Sungai Korok dan Jalan Changlun-Kodiang, di Baling; KM40 Jalan Sungai Petani-Baling, di Bandar Baharu; KM26 Jalan Serdang-Kulim, dan di Yan; KM31 Jalan Alor Setar-Sungai Petani.

Menurutnya, dalam Ops Sikap ke-22 tahun lalu, sejumlah 918 kemalangan dilaporkan berlaku melibatkan 60 kemalangan di lebuh raya, 329 di jalan persekutuan, 306 di jalan negeri, 150 di jalan bandaran dan 73 di jalan-jalan lain.

“Sebanyak 16 kemalangan maut dengan 17 kematian dilaporkan berlaku, manakala kenderaan yang paling banyak terlibat dalam kemalangan ialah motokar (1088), motosikal (407), teksi (7), lori (72), van (23), bas (9), basikal (8), pacuan empat roda (4), kenderaan lain (28) serta 11 pejalan kaki.

“Antara punca berlakunya kemalangan ialah terbabas yang melibatkan tujuh kes, bertembung (dua kes), langgar belakang (dua kes), masuk laluan (dua kes) melintas jalan (dua kes) dan satu kes disebabkan faktor lain,” katanya.

Ahmad berkata, sejumlah 10,052 saman dikeluarkan kepada pelbagai jenis kenderaan sepanjang Ops Sikap sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.

“Paling tinggi ialah motokar iaitu 4,450, motosikal (2,741), teksi (1,820), lori (203), van (224), bas (18), pacuan empat roda (427) dan kenderaan lain (169).

“Justeru, saya berharap agar pengguna jalan raya lebih berwaspada selain turut membuat pemeriksaan bagi memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan baik, agar selamat tiba di destinasi yang dituju,” katanya.

Sementara itu, menurutnya, PDRM Kedah menyasarkan penurunan kemalangan sebanyak lima peratus sepanjang Ops Sikap ke-24 dan sasaran itu akan dicapai sekiranya mendapat kerjasama daripada pengguna jalan raya, menerusi pemanduan berhemah dan mematuhi undang-undang.

“Ops Sikap ke-20 pada 2009 sempena Hari Raya Aidilfitri mencatatkan 994 kemalangan jalan raya dengan 24 kemalangan maut dan 27 kematian, dan angka itu berkurangan pada Ops Sikap ke-22 tahun lalu.

“Ini jelas menunjukkan keberkesanan Ops Sikap, khususnya dari aspek penurunan jumlah kemalangan dan kematian, sejak ia dilancarkan pada 2001,” katanya.



Pasang lebih banyak papan tanda amaran



Pihak berkuasa juga diminta memasang lebih banyak papan tanda jalan sebagai amaran dan peringatan kepada pengguna jalan raya yang melalui laluan-laluan yang kerap berlaku kemalangan.

Pengguna jalan raya, Ku Nasaruddin Ku Salleh, 30, berkata, tidak dinafikan antara punca berlakunya kemalangan ialah disebabkan keadaan jalan raya yang rosak, berlubang dan selekoh tajam.

Sementara itu, Zainab Ahmad, 67, berkata, keselamatan warga emas sepertinya yang lazimnya menunggang basikal atau berjalan kaki, juga perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh pengguna jalan raya.

“Saya berharap semua pengguna jalan raya lebih peka dengan keadaan sekeliling serta mengambil kira faktor keselamatan, tidak hanya kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain,” katanya.SH

5 tahun dikurung berbogel



LUNAS - Dalam kemeriahan umat Islam menyambut Syawal, masih ada dalam kalangan mereka yang menderita.

Seorang wanita berusia 52 tahun yang mengalami masalah mental ditemui dalam keadaan bogel di bilik belakang sebuah rumah teres satu tingkat di Taman Salad kira-kira jam 2.30 petang kelmarin.

Pengerusi Pertubuhan Perihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM), Khor Eng Khim berkata, beliau menerima maklumat mengenai wanita itu daripada orang awam melalui telefon.

Menurutnya, selepas pergi ke alamat seperti dilaporkan, beliau ternampak mangsa dalam keadaan bogel sebelum menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis untuk mendapatkan bantuan.

“Empat pegawai dari JKM datang ke tempat kejadian bersama sebuah kenderaan unit MPV dari Balai Polis Lunas. Daripada maklumat saya peroleh, mangsa sudah lima tahun dikurung dalam keadaan begitu. Lebih menyedihkan, mangsa bukan sahaja ditinggalkan dalam keadaan bogel malah tidak ada tikar, tilam atau bantal di tempat mangsa dikurung.

“Mangsa hanya akan berbaring dan duduk di atas lantai simen. Selain itu saya dapati banyak beg plastik berisi nasi di luar tempat mangsa dikurung. Saya kemudiannya menghubungi ambulan untuk menghantar mangsa untuk mendapatkan rawatan di hospital” katanya.

Pegawai Kebajikan Daerah Kulim, Rohana Yussuf berkata, sebelum ini mangsa yang dikenali sebagai Salmah berada dalam keadaan normal sehinggalah ibunya meninggal dunia pada 2001. Sejak itu tidak ada sesiapa yang menguruskan kehidupannya hingga melarat.

Menurutnya, mangsa sudah menerima bantuan am daripada JKM sebanyak RM150 sebulan. Ketika pemeriksaan dibuat, pegawai JKM mendapati keadaan mangsa lemah, kelaparan dan badannya terlalu kurus sehingga menampakkan rangka.

Selain itu mangsa menjerit beberapa kali menyatakan ‘sakit’ sebelum dia di keluarkan dari tempat kurungannya. Pegawai JKM turut memakaikan pakaian yang diberikan oleh jiran kepada mereka kerana mangsa dalam keadaan berbogel.

“Saya telah mengarahkan pegawai JKM membawa mangsa ke hospital Kulim untuk menerima rawatan segera. Selepas pemeriksaan dibuat, barulah JKM mengambil keputusan bagaimana untuk mengatasi masalah dialaminya. JKM akan berbincang dengan waris mangsa untuk mendapatkan maklumat tentang mangsa sebelum mengambil keputusan untuk menghantarnya ke pusat penjagaan khas yang disediakan” kata Rohana.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh ketika dihubungi berkata, beliau telah mengarahkan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor untuk pergi ke tempat kejadian bagi menyelamatkan mangsa.SH

Terpacak



KUANTAN - Hasrat seorang pemuda pulang beraya bersama keluarga berakhir dengan tragedi apabila dia terbunuh dalam kemalangan di Jalan Beserah di sini, awal pagi semalam.

Ketika kejadian, mangsa, Mohd. Ismail Yunus, 20, dikatakan menunggang motosikal seorang diri dari arah Jalan Teluk Sisek menuju ke Kemaman.

Pegawai Penguat kuasa Tadbir/Trafik Negeri, Asisten Supritendan Zainalabidin Othman berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.05 pagi.

Menurutnya, mangsa, seorang kakitangan swasta itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah keluarganya di Kampung Bakar Tinggi, Kemaman Terengganu.

“Mangsa yang menunggang seorang diri dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelum tercampak ke dalam longkang,” katanya ketika di temui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, semalam.

Zainalabidin berkata, mangsa dipercayai terhentak ke bucu longkang dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya.

“Kes masih dalam siasatan dan akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan orang ramai khususnya pengguna jalan raya supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika memandu terutama pada musim perayaan.SH

Ustaz hampir terperdaya



SELAYANG UTAMA – Sama seperti taktik gores dan menang yang ‘terkenal’ sebelum ini, pihak tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan memperdaya orang ramai lebih-lebih lagi kalangan Melayu yang sibuk membeli belah di saat akhir Ramadan ini.

Kali ini walaupun tidak perlu menggores, kad mempunyai pelekat di sebaliknya diletakkan hadiah tertentu kononnya dimenangi oleh orang yang mudah terpengaruh pula digunakan.

Penceramah agama bebas yang juga bekas pegawai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam negara, Abdul Aziz Ismail berkata, dia juga hampir terpedaya dengan modus operandi pihak tidak bertanggungjawab itu.

“Sebaik keluar dari pasar raya di sini, saya dihampiri pemuda seperti lagak jurujual memujuk saya mencuba nasib dengan menawarkan kad berkenaan yang mempunyai cabutan secara percuma. Untuk itu saya mencubanya untuk mengetahui apa ditawarkan.

“Selepas pelekat kad itu dibuka, lelaki terbabit menunjukkan muka gembira kononnya saya memenangi hadiah lumayan dan meminta saya mengikutnya untuk menuntut hadiah terbabit,” katanya.

Menurutnya, ketika dibawa ke pejabat operasi syarikat itu di Kepong bersebelahan Pasaraya Jaya Jusco di situ, dia diminta untuk mengisi borang, manakala pelekat diperolehnya diimbas.

Katanya, setelah proses imbasan dilakukan dia dimaklumkan memenangi sebuah kereta jenis Honda terbaru, tetapi perlu membayar wang berjumlah RM8,000 sama ada secara tunai mahupun ansuran.

“Mereka beritahu wang bayaran itu sebagai promosi iklan seperti dalam keratan akhbar mengandungi gambar individu yang memenangi hadiah sama ditunjukkan kepada saya.

“Melihat gambar individu menerima hadiah adalah pegawai polis, imam dan sebagainya saya hampir terpengaruh mendapatkan hadiah ditawarkan, tetapi saya kata tiada wang menyebabkan mereka naik marah,” katanya.

Abdul Aziz berkata, melihat cara mereka yang mencurigakan, dia pasti taktik digunakan syarikat terlibat hanya untuk memperdaya orang ramai dan berharap lebih ramai tidak terjebak.

“Nasib baik masa itu saya tiada wang, kalau tidak mungkin terjerat sama dengan janji manis mereka. Saya akan membuat laporan polis berhubung perkara ini dalam masa terdekat,” katanya.

Pada tahun lepas juga pada musim sebelum hari raya, Sinar Harian mengetengahkan kes dihadapi sepasang suami dari Gombak yang kerugian hampir RM2,000 akibat terpedaya dengan taktik syarikat sama.

Lebih malang kejadian berlaku sekitar dua hari sebelum raya, menyebabkan mereka terkandas untuk pulang berhari raya di Kelantan, manakala hasrat memiliki kereta elegan berkecai.

Sementara itu, Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Asisten Komisioner (ACP) Abdul Rahim Abdullah ketika mengulas isu berkenaan sebelum ini memberitahu, mangsa perlu membuat laporan polis.

Menurutnya, orang ramai mempunyai maklumat berkaitan juga boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah Polis Gombak di talian 03-61362899 atau 03-61262264.SH

Mangsa digilis bertubi-tubi



SEMANGGOL – Melihat ahli keluarga di gilis kenderaan berkali-kali menyebabkan seorang lelaki trauma sehingga kini apabila dia dan keluarga terlibat dalam kemalangan di Kilometer 202.2 Lebuh Raya Utara Selatan kawasan Gunung Semanggol, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.20 pagi berpunca daripada sebuah kereta jenis proton Saga yang dipandu seorang tentera hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

Menurutnya, kemudian pemandu sebuah proton Satria yang dipandu seorang lelaki bersama penumpang, isteri dan adik iparnya merempuh proton Saga terbabit.

“Akibatnya, kereta ini berpusing beberapa kali, namun pemandu sempat keluar dan menyelamatkan diri, manakala dua penumpang cuba keluar tetapi tidak berjaya.

“Dalam pada itu, sebuah van yang dipandu lelaki Thailand, Korheng Jehkeh, 47, telah merempuh proton Satria ini menyebabkan dua mangsa yang masih di dalam kereta tercampak keluar,” katanya.

Mat Fauzi berkata, isteri pemandu Satria, Nor Zaihan Ishak, 28, tercampak ke pembahagi jalan sementara, adiknya, Norhasyima Halim, 21, yang berada di kerusi belakang tercampak ke arah bertentangan sehingga dilanggar secara berkali-kali oleh beberapa kenderaan secara berterusan.

“Mayat Norhasyima hancur keseluruhan badan disebabkan di gilis berkali-kali oleh beberapa kenderaan.

“Kita terpaksa mengutip keseluruhan bahagian anggota badan mangsa di tempat yang berasingan,” katanya.

Katanya, mayat mangsa di bawa ke Hospital Parit Buntar dan dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan di Pulau Pinang.

“Sementara pemandu kereta Satria, Saga dan van hanya mengalami kecederaan ringan.

“Sehingga kini pemandu kereta Satria masih dalam keadaan trauma selain belum memberikan identiti pengenalan diri kepada pihak polis,” katanya.SH

Mayat bayi baru lahir ditemui dalam tong sampah



SANDAKAN - Mayat seorang bayi lelaki yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui dalam tong sampah berhampiran sebuah pasar raya di Bandar Sandakan hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Fadzil Mohd Ali berkata, polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat bayi itu kira-kira pukul 2.20 petang dan menghantar sepasukan anggota polis untuk membuat siasatan.

Beliau berkata mayat bayi lelaki itu ditemui dalam sebuah tong sampah besar berhampiran sebuah pasar raya berkenaan oleh pekerja amnya semasa membuang sampah dan ternampak ada satu bungkusan hitam lalu membukanya dan mendapati ada mayat bayi dalamnya.

Beliau pekerja am berkenaan kemudiannya menghubungi polis.

Katanya polis menghantar mayat bayi berkenaan ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk dibedah siasat.

Fadzil berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut agar menghubungi polis.- Bernama

Taiwan pula dilanda Nanmadol



KAOHSIUNG 29 Ogos - Selepas 'menyerang' Filipina, kini Taufan Nanmadol melanda Taiwan sehingga memaksa beribu-ribu penduduk dipindahkan, sekolah-sekolah ditutup dan perkhidmatan awam tergendala.
Menurut Pusat Biro Cuaca, kejadian tanah runtuh dikesan berlaku berhampiran bandar Taitung di pantai timur Taiwan awal pagi ini.
"Ia (Nanmadol) merupakan yang paling kuat pernah melanda Taiwan berbanding Taufan Markot yang menyebabkan lebih 700 maut atau hilang pada 2009," katanya.
Dalam pada itu, Nanmadol yang mengorbankan 13 penduduk di Filipina kini sedang menghala perlahan ke barat laut Taiwan beserta angin berkelajuan 137 kilometer sejam.
Pusat Operasi Kecemasan berkata, seramai 8,000 penduduk dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat ketika Nanmadol melanda negara ini.
Selain itu, Kementerian Pertahanan Awam turut menempatkan beribu-ribu anggota pasukan keselamatan bagi membantu proses pemindahan dan memantau kawasan yang berisiko dilanda banjir.
Akhbar Taipei Times melaporkan, dua pesawat C-130 digunakan bagi menyelamatkan 140 pelancong yang terperangkap di pulau Matsu selain perkhidmatan kereta api dihentikan buat sementara waktu.
Sementara itu, China turut bakal berdepan dengan bencana alam tersebut. - AFP

8 kanak-kanak China cedera ditikam

SHANGHAI 29 Ogos - Seramai lapan orang kanak-kanak tercedera ditikam oleh seorang penjaga pusat jagaan harian kanak-kanak pekerja asing di sini hari ini.
Menurut Xinmin Evening News, serangan itu berlaku pada waktu tengah hari di sebuah pusat penjagaan harian sementara di pinggir timur Shanghai dan suspek yang dipercayai mempunyai masalah mental itu kemudian ditahan polis.
Wanita itu yang bekerja di pusat jagaan tersebut sejak beberapa tahun lalu, secara tiba-tiba menikam kanak-kanak yang berusia tiga dan empat tahun itu menggunakan pisau pemotong kotak. - AFP, utusan

UPP rampas mercun bernilai RM100,000


Mazlan Che Hamid (kanan) memeriksa mercun yang dirampas bersama pegawainya di Pejabat Unit Pencegah Penyeludupan Rantau Panjang, semalam.



RANTAU PANJANG 29 Ogos - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) negeri merampas 70 kotak mengandungi pelbagai jenis mercun seludup bernilai RM100,000 selepas menyerbu sebuah lori berhampiran kawasan sekolah di Bukit Perah, Tok Uban, awal pagi semalam.
Komandernya, Mazlan Che Hamid berkata, serbuan dijalankan sembilan anggota diketuai Cif Inspektor Zubaidi Ariffin ketika membuat rondaan di sekitar Chicha Tinggi, Pasir Mas sebelum terserempak dengan lori tersebut.
"Ketika diarahkan berhenti, pemandunya terus memecut laju namun anggota kami terus mengejar sebelum lori tersebut terbabas berhampiran Tok Uban.
"Pemandu dan kelindan lori itu sempat melarikan diri ke kawasan semak dan gagal dikesan. Hasil pemeriksaan kami dapati ada 70 buah kotak besar berisi pelbagai jenis mercun termasuk 'firing cake' dianggarkan berharga RM2,000 dan mampu meluncur lebih 30 meter ke udara," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, kesemua barang yang dirampas termasuk lori tersebut yang dianggarkan bernilai RM20,000 akan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia cawangan Penguatkuasaan Rantau Panjang untuk tindakan lanjut.-utusan