Search This Blog

Tuesday, July 19, 2011

Waris mangsa 'buaya darat' nyaris potong zakar tuntut bela

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang dianggap 'buaya darat' mungkin tidak akan melupakan pembalasan yang diterimanya selepas kemaluannya nyaris dipotong oleh waris enam daripada 10 gadis, kebanyakannya siswi institusi pengajian tinggi dari sekitar Lembah Klang yang pernah diperdaya termasuk diragut 'kesuciannya', sejak dua tahun lalu.

Malah, sebagai balasan atas perbuatannya terhadap gadis-gadis berkenaan, gambar lelaki tersebut dalam keadaan berbogel turut dirakam bagi menyedarkannya dan memastikan dia tidak mengulangi perbuatannya.
Lelaki itu yang berusia dalam lingkungan 30-an tahun dan dipercayai mengamalkan pelbagai ajaran dan ilmu kebatinan berkaitan wanita, akhirnya kecundang selepas waris keenam-enam keluarga terbabit berpakat menuntut bela,Akibatnya, 15 telefon bimbit mengandungi pelbagai gambar bogel gadis yang ditidurinya dibuang, dan dia dibogelkan di satu kawasan sebelum kemaluannya cuba dipotong, selain beberapa barangan pelik miliknya dirampas.Namun, kejantanan lelaki itu tidak diusik apabila ada ahli keluarga mangsa enggan melampaui batas undang-undang, selain memikirkan nasib isteri dan dua anaknya yang masih bergantung hidup kepadanya.Wakil kumpulan itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Haji Ali, 45 tahun, berkata mereka mengambil tindakan sendiri selepas berbincang.Ini setelah mendapatinya sukar menyerahkan kes itu kepada pihak berkuasa kerana dakwaan mangsa diperkosa sukar dibuktikan apatah lagi kebanyakan 'mangsanya' mengikut lelaki itu ke hotel secara sukarela.Mereka mengupah sekumpulan samseng sambil dibantu ahli keluarga masing-masing menjejaki lelaki itu sebelum terserempak dengannya berhampiran sebuah hotel di Cheras ketika suspek dalam perjalanan ke hotel bersama seorang gadis lain, Khamis lalu. -- Metro Ahad.Cyberita Online Luar Negara

No comments:

Post a Comment