Search This Blog

Tuesday, July 19, 2011

Penganggur parang isteri

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, terhadap tuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya dengan parang, lima hari lalu.

John Decroocq, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Hafizza Sauni.


Mengikut pertuduhan John didakwa dengan sengaja mendatang kecederaan terhadap K Amudha, 25, dengan menggunakan sebilah parang panjang berukuran kira-kira tiga kaki (91.44 sentimeter) di rumahnya, di No 7, Blok 5, kawasan A, Rumah Panjang Jinjang Utara, Sentul, pada jam 1 pagi, 13 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua dari seksaan itu jika sabit kesalahan.


Difahamkan, isteri tertuduh mengalami kecederaan di kepala dan badan.


Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Noor Mawarni Abd Halim tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan kesalahan dilakukan adalah serius kerana membabitkan isteri tertuduh sendiri.

Mahkamah membenarkan permohonan itu dan menetapkan 1 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

myMetro | Penganggur parang isteri

No comments:

Post a Comment