Search This Blog

Tuesday, July 19, 2011

Berubah pendiam

JERANTUT: “Arwah beria-ia masak hidangan untuk saya sekeluarga yang baru tiba di kampung dari Johor Bahru kerana bercuti hujung minggu. Namun, di sebalik kegembiraannya, saya menyedari dia tidak banyak berbual berbanding sebelum ini yang sangat peramah,” kata Alisa Othman, 35, adik kepada penyelia asrama Kolej Jururawat Masyarakat Jerantut yang maut bersama anak perempuannya dalam kemalangan di Kilometer 10, Jalan Jerantut-Temerloh, berhampiran Kampung Seri Muda di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa, Nita, 44, meninggal dunia bersama anaknya, Sabrina Ramli, 9, selepas kereta Perodua Kancil dipandunya melanggar belakang lori yang membawa muatan batu dalam kejadian kabus tebal.

Seorang lagi anak mangsa, Wahida, 14, yang duduk di sebelah pemandu patah kaki dan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshah), Temerloh, untuk rawatan lanjut.

Menurut Alisa, ketika kejadian arwah yang sudah dua tahun bekerja dan menetap di Jerantut bersama dua anaknya dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Belenggu, Temerloh.


“Arwah kakak pulang ke kampung kerana ingin menemui saya yang baru tiba dari Johor Bahru dan dia kerap pulang sekiranya mengetahui saya sekeluarga ada dan akan masak hidangan sedap-sedap untuk meraikan kami.

myMetro | Berubah pendiam

No comments:

Post a Comment