Search This Blog

Tuesday, June 7, 2011

Sumpit mata rakan setugas


AMPANG: Gurauan rakan sekerja menjadi tragedi ngeri kepada seorang pegawai jualan dan pemasaran sebuah hotel di sini apabila dia hampir buta akibat disumpit rakan setugasnya itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Jumaat lalu, mangsa yang sedang melalukan kerja di tempatnya secara tiba-tiba dipanggil rakan sekerjanya itu dan sebaik menoleh ke arah panggilan berkenaan, dia terkejut melihat temannya itu sedang menyumpit menggunakan sumpit Sarawak sebelum mengenai kelopak bawah mata kanannya.

Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Mastura, 41, berkata, dia bernasib baik dapat mengelak sumpitan itu daripada mengenai tepat ke matanya, namun sumpitan itu menyebabkan matanya berpinar dan pedih selain sesak nafas akibat terkejut dengan kejadian itu.

Katanya, sebelum menyumpit, lelaki berusia 30-an itu memberi amaran akan menyumpit mereka yang bergelak ketawa sebelum memanggil namanya dan terus menyumpit.

“Saya tidak sempat mengelak sumpitan itu berasa terkejut dan terus jatuh terduduk serta menangis akibat terlalu sakit kerana kelopak mata berdarah dan luka terkena anak sumpit.
myMetro | Sumpit mata rakan setugas

No comments:

Post a Comment