Search This Blog

Tuesday, June 7, 2011

Pembantu rumah mati disyaki didera majikan


PETALING JAYA: Seorang pembantu rumah berusia 26 tahun dari negara jiran mati dipercayai akibat menjadi mangsa dera majikannya di Taman Sea Park, kelmarin selepas wanita itu cedera di badan, dahi dan lengan.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi itu, majikan mangsa yang terkejut apabila wanita itu tidak sedarkan diri membawanya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan, namun gagal diselamatkan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, anggota dari Balai Polis Sea Park yang menerima maklumat mengenai kejadian itu ke PPUM untuk menjalankan siasatan.
Menurutnya, hasil siasatan awal polis mendapati terdapat kesan calar pada bahagian badan mangsa.

“Sehubungan itu, polis meminta PPUM membuat bedah siasat dan hasilnya mendapati terdapat kesan kecederaan di bahagian belakang badan, dahi dan lengan.

“Polis memanggil pasangan suami isteri berusia 50-an yang menjadi majikan mangsa datang ke balai polis memberi keterangan sebelum ditahan untuk siasatan lanjut kira-kira jam 3 petang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, semalam.
Mohd Adnan berkata, kesan kecederaan lama masih ada pada badan mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

“Bagaimanapun, sebab kematian masih belum dapat disahkan kerana PPUM memerlukan sedikit masa lagi untuk mencari puncanya.
“Pasangan suami isteri terbabit ditahan reman sehingga 11 Jun ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, pembantu rumah terbabit bekerja bersama majikan berkenaan sejak Disember 2008.

“Kedua-dua suspek tidak bekerja. Suami suspek sebelum ini bekerja sebagai pereka grafik dan kini menganggur sementara isterinya suri rumah,” katanya.
myMetro | Pembantu rumah mati disyaki didera majikan

No comments:

Post a Comment