Search This Blog

Wednesday, June 29, 2011

Lelaki Australia ditemui mati di bilik hotel



KUANTAN – Seorang lelaki warganegara Australia ditemui mati di dalam sebuah bilik hotel di salah sebuah pusat peranginan, dekat sini, petang kelmarin.

Mayat lelaki yang dikenali sebagai Gray Steven Anthony, 54, itu ditemui rakannya dalam keadaan terbaring di atas katil selepas dia gagal menghubunginya, kira-kira jam 2.20 petang, 27 Jun lalu.

Menurut sumber, Gray merupakan seorang kakitangan di Lynas Corporation Ltd, Gebeng dan mula menginap di hotel tersebut pada 23 Jun lalu.

Bagaimanapun, setelah gagal dihubungi, rakannya bertindak untuk mencarinya di hotel tersebut dan mendapati tubuhnya terbujur kaku dia atas katil.

Sumber itu berkata, sebaik melihat tubuh Gray yang sudah tidak bernyawa, rakan mangsa memaklumkannya kepada pihak pengurusan hotel sebelum melaporkannya kepada pihak polis.

Timbalan Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan Mohd Haris Daud ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

“Polis tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu dan mengklasifikasikannya sebagai mati mengejut,” katanya.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat.
SH

No comments:

Post a Comment