Search This Blog

Wednesday, June 29, 2011

Hilang hampir seminggu



IPOH – Hampir seminggu pasangan P Gohbinathan, 42, dan isterinya, S Ahnismala, 33, hilang selepas dipercayai diculik sekumpulan lelaki, di rumahnya mereka Medan Dataran Sentosa, Rapat Baru di sini.

Pasangan itu, menghilangkan diri serta meninggalkan tiga anak mereka G Vimal Pillai, 12; G Piravin Pillai, 9 dan G Eviandran, 5, yang kini dijaga keluarga Gohbinathan.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi Khamis lalu, pasangan suami isteri itu dilihat dibawa keluar oleh empat lelaki bersenjatakan pistol sambil menggari mangsa.

Menurut jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, beliau melihat kejadian itu berlaku hanya dalam sekelip mata.

“Saya lihat mereka (pasangan suami isteri itu) dibawa keluar oleh kumpulan lelaki terbabit dalam keadaan tangan bergari dan lagak keempat-empat lelaki itu ia kelihatan seperti anggota polis,” katanya.

Sementara itu, ibu Ahnismala, V Rayapan@Thailammah, 56, ketika ditemui semalam berkata, ketika kejadian, dia cuba menghubungi Ahnismala beberapa kali namun, panggilan tidak berjawab sebelum bergegas ke rumah anaknya itu.
SH

No comments:

Post a Comment