Search This Blog

Saturday, June 25, 2011

Ganja dalam beg ditemui di sekolah rendah

SOUTHAMPTON: Polis dipanggil ke sebuah sekolah rendah selepas satu beg ganja ditemui.

Seorang pelajar berusia lima tahun memberitahu gurunya, ia tembakau milik bapanya.


Dadah itu terletak berhampiran kot pelajar berkenaan. Ia dipercayai jatuh dari kot pelajar itu walauipun ibunya menafikan anaknya membawa dadah itu.

Polis menyoal siasat pelajar itu tetapi tidak meneruskan kes berkenaan. Si ibu yang enggan namanya disiarkan berkata: “Guru itu menjumpai dadah itu dan menunjukkannya pada anak saya.


“Anak saya tidak tahu apa sebenarnya benda itu atau apa itu dadah kerana kami tidak mengambil atau menggunakannya. Dia memberitahu gurunya: ‘Itu tembakau bapa saya.’ “Polis menyoal siasat anak saya dan rakannya. Kami berdepan dengan keadaan yang sukar. Tetapi ia tidak ada kaitan dengan kami dan orang yang bertanggungjawab itu masih bebas di luar sana,” katanya.


Guru Besar, Neil Parker berkata, tidak ada kanak-kanak yang terancam dengan kes itu dan ibu bapa tidak diberitahu memandangkan siasatan polis dan pihak sekolah mendapati ia kes terpencil. - AP

myMetro | Ganja dalam beg ditemui di sekolah rendah

No comments:

Post a Comment