Search This Blog

Tuesday, June 7, 2011

17 maut feri dipukul ombak


JAKARTA: Seramai 17 orang terbunuh apabila sebuah feri karam di perairan Kalimantan Selatan, semalam.
Laporan agensi berita Antara menyatakan, feri itu tenggelam selepas dipukul ombak besar.

“Kejadian berlaku ketika tengah hari dan 33 penumpang terselamat kini dirawat di hospital tempatan,” lapor Antara.
Jurucakap polis pula mengesahkan kejadian itu tetapi belum dapat memberikan butiran lanjut.

“Kami menerima laporan sebuah feri karam dan pegawai polis masih menyiasat punca kejadian, jumlah penumpang dan sebagainya,” katanya. Indonesia mempunyai lebih 17,000 pulau dan banyak bergantung kepada perkhidmatan feri sebagai pengangkutan termurah di kalangan rakyatnya.

Rekod menunjukkan kadang-kadang aspek keselamatan diabaikan, menyebabkan sering berlaku kemalangan maut. - AFP
myMetro | 17 maut feri dipukul ombak

No comments:

Post a Comment