Search This Blog

Monday, May 30, 2011

Wanita serang jurugambar




KOTA BHARU: Gara-gara tidak berpuas hati gambar anaknya dirakam, seorang wanita berusia lingkungan 40-an menyerang seorang jurugambar dengan memukulnya bertubi-tubi dalam kejadian di pekarangan Mahkamah Kota Bharu di sini, semalam.
Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, menyebabkan jurugambar terbabit terpaksa menepis menggunakan tangan berikutan tindakan agresif wanita berkenaan yang memukulnya, selain kejadian berkenaan turut disaksikan orang awam di kawasan itu.

Difahamkan sebelum kejadian, kes membabitkan anak lelaki wanita berkenaan disebut di Mahkamah Majistret 3, dekat sini, selepas didakwa menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya dalam kejadian di Jalan Sultan Yahya Petra pada jam 3.30 pagi, 13 November 2010.

Dia bagaimanapun bernasib baik kerana meskipun pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dan boleh dihukum di bawah seksyen sama, dia dijatuhi hukuman bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM3,000.


Ini kerana pertimbangan dibuat Majistret Nur Zakiyah Shamsudin selepas mengambil kira hujahan peguam bela tertuduh, Ahmad Nuri Khairudin supaya tertuduh dikenakan hukuman berkelakuan baik mengikut Seksyen 294 Kanun Prosedur Jenayah.
myMetro | Wanita serang jurugambar

No comments:

Post a Comment