Search This Blog

Loading...

Thursday, May 5, 2011

Tiga beradik mati lemas di Hutan Lipur Ulu Bendul

WAN Azleela Wan Abdullah, 32, (ibu mangsa lemas), hampir pengsan tidak dapat menahan sedih ketika melihat jenazah dua anaknya dari tiga beradik yang mati lemas di Hutan Lipur Ulu Bendul, malam tadi. Abangnya, Wan Aziz Wan Abdullah, 38 (kanan) dan saudara menenangkan ahli keluarganya di rumah abang ipar beliau di Senawang, Seremban, hari ini. - Foto Owee Ah Chun 
KUALA PILAH - Mayat dua daripada tiga beradik yang hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika berkelah di Hutan Lipur Ulu Bendul di sini petang kelmarin ditemui semalam.
Mayat Nur Syaza Alisa Said Ahmad, 5, ditemui pada pukul 3.15 pagi semalam oleh bapa saudaranya, Abdul Azam Wahab, 23, kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.
Mayat adiknya, Nur Syaza Azira, 4, pula ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 10.20 pagi, kira-kira 2.5 kilometer dari tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Jaafar Baba mengesahkan penemuan mayat dua kanak-kanak itu dan usaha mencari seorang lagi mangsa, Nur Syaza Sakinah, 2, sedang giat dijalankan.
Sementara itu, Abdul Azam berkata, dia bersama beberapa orang meredah air sungai paras pinggang itu dan berenang untuk mencari kesemua mangsa yang hilang.
"Ketika itu apa yang saya harap kesemua anak buah saya yang hilang mesti ditemui walau apa keadaannya sekali pun," katanya ketika ditemui di Hutan Lipur Ulu Bendul di sini semalam.
Katanya, dia sedih apabila menemui mayat Nur Syaza Alisa dalam keadaan kepalanya cedera dan bibir pecah serta lebam.-kosmo

No comments:

Post a Comment