Search This Blog

Monday, May 9, 2011

Taksub ajaran guru songsang


Pengikut percaya dakwaan syeikh bantu Osama, roh Puteri Diana 


IPOH: Akibat taksub kepada guru bergelar 'syeikh', sekumpulan pengikut tarekat songsang yang diharamkan di Perak, menerima bulat-bulat pengakuan guru berkenaan yang mendakwa pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden pernah meminta pertolongannya ketika diburu tentera Amerika Syarikat.
Lelaki berusia 50-an yang mengajar Terekat Naqsyabandiah Al Kholidiyah Kampung Menderang Sungkai, itu turut mendakwa roh mendiang Puteri Diana yang terbunuh dalam kemalangan di Paris pada 1997 dan Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim, iaitu bekas anggota kumpulan nasyid Rabbani, datang meminta pertolongannya.
Sumber memberitahu Berita Harian, pendedahan mengenai dakwaan guru itu dan kegiatan kumpulan terbabit dibuat seorang bekas pengikutnya. 

“Walaupun dakwaan itu disifatkan sesuatu yang mengarut atau tidak masuk akal, pengikutnya tetap mempercayai apa yang diperkatakan kepada mereka. Ini menunjukkan pengikut begitu mudah diperdaya dan semua ini berlaku kerana mereka terlalu taksub kepada guru berkenaan,” katanya kepada Berita Harian. 

Baru-baru ini, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak (JFNP) yang dipengerusikan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, mengharamkan Terekat Naqsyabandiah Al Kholidiyah Kampung Menderang, Sungkai kerana ada ajarannya menyimpang daripada amalan sebenar Terekat Naqsyabandiah Al Kholidiyah. 

Antara amalan lain yang meragukan adalah ibadat haji secara ghaib/khatam batu, berpegang bahawa semua orang boleh melakukan israk mikraj, mengamalkan amalan bertawassul dengan wali, mandi air zamzam, air kauthar dan air mahfuz sebagai membuka hijab dan makrifat murid serta mewajibkan mandi taubat dan sujud taubat sebagai syarat menyertai tarekat. 
Difahamkan, kumpulan itu mempunyai kira-kira 100 pengikut dan JAIP terus memantau aktiviti kumpulan itu. 

No comments:

Post a Comment