Search This Blog

Tuesday, May 10, 2011

Lakar wajah tiga suspek


SABAK BERNAM: Misteri kehilangan lima nelayan yang turun ke laut dalam pada 4 Mei lalu dari jeti Kampung Bagan Sungai Besar sebelum bot dinaiki mereka ditemui mempunyai kesan darah Sabtu lalu, mula terungkai dengan lakaran foto tiga lelaki disyaki suspek, semalam.
Polis mendapat lakaran foto itu daripada keluarga mangsa pagi semalam untuk membantu siasatan kes berkenaan.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohd, berkata lakaran foto berkenaan akan diedarkan dalam masa terdekat.

Setakat ini, katanya, operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), pasukan polis marin dan udara, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta dibantu nelayan tempatan.


“Namun operasi yang dijalankan sejak jam 7.30 pagi hingga jam 6.30 petang itu belum mendapat apa-apa penemuan baru.

No comments:

Post a Comment