Search This Blog

Monday, May 9, 2011

Juruteknik maut motosikal bertembung lori ais


MARANG — Seorang juruteknik maut setelah motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah lori ais di Kilometer 35, Kampung Serating, Merchang, di sini kira-kira 10.10 pagi tadi.

Wan Mohd. Hazrul Wan Shuimy@Suhaimi, 21, yang menunggang motosikal bersendirian dari tempat kerja di Paka, Kemaman dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Gong Badak, di sini.
Mangsa mengalami kecederaan parah di seluruh anggota dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Marang, DSP Ahmad Mazlan Yahya berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa cuba memotong sebuah kereta melalui bahu jalan sebelah kiri sebelum cuba memotong pula sebuah kereta daripada sebelah kanan di garisan berkembar.
"Mangsa dipercayai gagal memotong kereta berkenaan dan bertembung dengan sebuah lori ais dari arah bertentangan lalu terjatuh ke atas jalan raya dan kemudiannya dirempuh sebuah kereta yang dipotong mangsa sebelum itu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Tambah beliau, dalam kejadian itu, pemandu lori dan kereta berkenaan tidak mengalami kecederaan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat. — Bernama

No comments:

Post a Comment