Search This Blog

Monday, May 30, 2011

Bawa samseng ugut mentua

KUALA LUMPUR: Berang kerana bapa mentua enggan menyerahkan anak kepadanya, seorang lelaki berusia 36 tahun membawa sekumpulan enam samseng mengugut untuk mencederakan warga emas terbabit, kelmarin.
Tindakan lelaki itu dilakukan bagi mendapatkan semula anak lelakinya yang dijaga bapa mentuanya berusia 56 tahun itu sejak tiga tahun lalu selepas dia kematian isteri.

Keengganan bapa mentua menyerahkan cucunya berusia lima tahun kepada menantunya itu kerana bimbang kanak-kanak terbabit diabaikan berikutan lelaki berkenaan tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Dalam kejadian jam 11 pagi di sebuah rumah di Bandar Baru Sentul, di sini, lelaki terbabit dikatakan membawa enam rakannya ke rumah mangsa untuk mendesak warga emas terbabit selepas dikatakan gagal mendapatkan anaknya selepas lebih lima kali mencuba.

Menurut sumber, sebaik tiba di rumah mangsa, lelaki terbabit mendakwa mahu mengambil anaknya untuk dibawa tinggal bersamanya.
myMetro | Bawa samseng ugut mentua

No comments:

Post a Comment