Search This Blog

Tuesday, May 10, 2011

5 maut angkara pengebom


JALALABAD: Seorang pengebom bunuh diri di Afghanistan semalam membunuh lima orang awam dan mencederakan lima yang lain dalam satu serangan berhampiran sebuah pejabat kerajaan, kata pihak berkuasa. 


Letupan itu berlaku hampir kepada pejabat kerajaan daerah di Qarghayi, wilayah Laghman, timur Afghanistan.
“Lima orang awam terbunuh dan tambahan lima lagi cedera dalam serangan bunuh diri hari ini (semalam),” kata jurucakap wilayah Faizanullah Pattan kepada AFP.
Pattan sebelum ini berkata tiga orang awam terbunuh, namun dua yang cedera maut kemudian di hospital. Antara lima yang cedera, dua daripadanya anggota polis, katanya. 

Beliau menyalahkan serangan ke atas musuh Afghanistan, istilah sering digunakan merujuk kepada militan Taliban yang melan-carkan pemberontakan berdarah ke atas Afghan dan tentera antarabangsa selama hampir 10 tahun. 

Jurucakap Taliban Zahihullah Mujahid mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. 

Taliban mengumumkan permulaan musim tentangan tahunan lebih seminggu lalu. 
Orang awam semakin banyak terperangkap dalam keganasan yang merosakkan Afghanistan sejak pencerobohan 2001 diketuai Amerika Syarikat menyingkirkan Taliban daripada berkuasa, mencetuskan pemberontakan yang mana kekuatannya meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkata tahun lalu adalah kematian terburuk orang awam sejak konflik bermula dengan 2,777 terkorban, kenaikan 15 peratus pada 2009. 

Ada kira-kira 130,000 tentera antarabangsa di Afghanistan, dua pertiga daripadanya dari Amerika, berjuang menentang Taliban dan pemberontak lain. – AFP 

No comments:

Post a Comment