Search This Blog

Saturday, May 21, 2011

3 keldai dadah RM1.5j ditahan


Bagasi diubah suai bawa syabu


JOHOR BAHRU: Cubaan tiga keldai dadah warga Bulgaria membawa masuk dadah dipercayai syabu bernilai RM1.5 juta dalam beg pakaian diubah suai, gagal apabila ke mereka ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail (LTASI), di Senai, di sini, Rabu lalu. 

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata tiga lelaki berusia 25, 26 dan 36 tahun itu ditahan pada jam 4.15 petang sejurus tiba bersama dua beg. Hasil pemeriksaan, pihak berkuasa mengesan ruang khas tersembunyi dalam bagasi yang berisi dadah itu.
“Dadah seberat 5.68 kilogram (kg) yang ditemui pada ruang khas beg diubah suai ini dianggarkan bernilai RM1.5 juta mengikut harga pasaran semasa.
“Sekiranya terlepas, bekalan ini dianggarkan boleh digunakan seramai 20,000 penagih,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, semalam. 

Mohd Mokhtar berkata, rampasan dan siasatan menerusi jalinan kerjasama sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN Johor itu percaya, tiga suspek adalah keldai dadah sindiket pengedaran dadah antarabangsa dari Asia Barat. 

Jelasnya, modus operandi sindiket adalah menggunakan lapangan terbang domestik untuk menyeludup dadah masuk ke negara ini, bagi mengelirukan pihak berkuasa. 

No comments:

Post a Comment