Search This Blog

Tuesday, May 31, 2011

16 rumah setinggan di Kg. Terengganu, Durian Sebatang terbakar




Orang ramai membantu memadamkan kebakaran sebuah rumah warga emas di Teluk Intan, Perak, semalam.


TELUK INTAN 30 Mei - Enam belas rumah setinggan hangus dijilat api dalam kebakaran di dua kampung berjiran, Kampung Terengganu dan Kampung Durian Sebatang, dekat sini tengah hari ini.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.15 petang itu mengakibatkan kesemua penghuni rumah tersebut tinggal sehelai sepinggang.
Seorang mangsa, Saidon Jaffar, 74, berkata, ketika kejadian, dia sedang makan bersama cucunya di rumah sebelum terdengar teriakan seorang lagi cucunya yang mengatakan rumah jiran sebelah sedang terbakar.
"Apabila melihat keadaan itu, saya terus meluru keluar membawa cucu saya dan tidak sempat menyelamatkan barang-barang lain.
"Apa yang menyedihkan ialah baru semalam isteri saya meninggal dunia dan barang-barang untuk persiapan kenduri arwah malam ini semuanya musnah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Seorang lagi mangsa, Aminah Mat Sahar, 62, bersyukur kerana terselamat walaupun rumahnya hangus dijilat api.
"Ketika itu, saya baru selesai menunaikan solat dan tiba-tiba, saya terasa panas. Rupa-rupanya api ada di sekeliling saya.
"Saya nampak semua barang yang berada di depan mata semuanya sudah habis terbakar kecuali saya yang masih bertelekung. Saya reda dengan kejadian ini kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya," katanya.
Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan yang dihubungi petang ini mengesahkan kejadian tersebut.
Menurutnya, tiga jentera bomba dari Balai Bomba Hutan Melintang, Tapah dan Bagan Datoh dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadam kebakaran tersebut.
"Seramai 50 anggota terlibat dalam kerja mengawal kebakaran tersebut. Bagaimanapun, hanya seorang remaja cedera di tangan ketika cuba menyelamatkan diri," katanya.
Utusan Malaysia Online - Jenayah

3 comments:

  1. setinggan...sedap jer mulut utusan

    ReplyDelete
  2. entah.. bukan rumah setinggan la..

    ReplyDelete
  3. mana ada setinggan kat Kg Terengganu....sesedap rasa je..

    ReplyDelete