Search This Blog

Tuesday, May 31, 2011

Pemandu teksi disimbah asid masih koma




MASIH KOMA: Tanpa motif jelas, Encik Khairul Zaman disimbah asid hingga mengakibatkan hampir keseluruhan badan dan mukanya lecur serta mencacatkan penglihatannya seumur hidup. -- Foto HARIAN METRO


JOHOR BAHRU: Seorang pemandu teksi berusia 47 tahun, Encik Khairul Zaman Jaiman, bersabung nyawa di Wad Rawatan Kebakaran Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini selepas menjadi mangsa simbahan asid yang mencacatkan hampir keseluruhan badan, muka dan penglihatannya.
'Mereka yang melakukan ini dayus. Akibatnya, suami saya bukan saja melecur hampir keseluruhan muka dan badan hingga ke paras pinggang, malah cacat penglihatan seumur hidup,' kata isteri mangsa simbahan asid itu, Cik Zaiton Aris, 50 tahun, kelmarin.Menceritakan kejadian yang menyayatkan hati itu, Cik Zaiton berkata ia berlaku kira-kira 12 tengah hari pada 5 Mei lalu apabila teksi suaminya ditahan dua lelaki menaiki kereta jenis Proton Saga warna putih di Jalan Sena, Taman Rinting, di sini, iaitu sekitar satu kilometer dari kediaman mereka.'Saya difahamkan, beliau memberhentikan kenderaan apabila dua lelaki itu mahu menanyakan arah. Apabila suami saya menurunkan cermin kenderaan, seorang daripada mereka menyimbah asid ke muka suami saya.'Suami saya meraung kesakitan sambil meminta tolong sebelum orang awam yang berada di lokasi itu menyiram air dan menghantarnya ke hospital,' kata beliau.Cik Zaiton berkata akibat simbahan asid itu, suaminya masih koma dan dua kali menjalani pembedahan bagi merawat kecederaan teruk di bahagian muka dan badannya, lapor akhbar Harian Metro semalam.Suri rumah itu berkata keluarganya keliru dengan niat jahat penyerang suaminya itu memandangkan Encik Khairul Zaman adalah seorang yang mesra, penyayang dan belum pernah menunjukkan tanda beliau mempunyai musuh.'Suami saya tidak pernah menerima ugutan daripada mana-mana pihak, malah dia juga tidak mempunyai musuh.'Akibat kejadian itu, masa depan keluarga saya gelap kerana kami bergantung kepada pendapatan suami saya sepenuhnya, termasuk membiayai persekolahan empat anak kami,' kata Cik Zaiton kelmarin.Sementara itu, ketua polis Daerah Seri Alam, Superintenden Roslan Zainuddin, berkata sejauh ini belum ada suspek yang ditahan, dan kes itu masih disiasat pihak berkuasa. -- Harian Metro.Cyberita Online Luar Negara

Gudang logam dan bahagian enjin terbakar


SINGAPURA



SATU kebakaran besar berlaku di sebuah gudang yang menyimpan logam dan bahagian-bahagian enjin di 68 Sungei Kadut Street 1 awal pagi semalam.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam kenyataannya berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.35 pagi dan mengambil masa sekitar setengah jam memadamkan kebakaran tersebut - sebaik tiba lapan minit kemudian.Sebanyak dua kereta bomba, tiga kenderaan Red Rhino, dua fire bike serta lima kenderaan sokongan dikerahkan ke tempat itu.Menurut SCDF, para kakitangannya terpaksa menggunakan alat pernafasan dalam menjalankan kerja-kerja mereka - termasuk misi mencari dan menyelamat - demi memastikan tiada sesiapa yang terperangkap dalam bangunan itu. Punca kebakaran masih disiasat. -- Foto SCDFCyberita Online Singapura

Penagih Dadah Maut Setelah Terjatuh Dari Pangsapuri


Penagih Dadah Maut Setelah Terjatuh Dari Pangsapuri
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki disyaki penagih dadah ditemui mati di perkarangan sebuah pangsapuri di Taman Segar, Cheras, setelah dipercayai terjatuh dari tingkat enam bangunan itu, Isnin.
Mayat Guan Wai Yuan, 38 yang berasal dari Pandan Indah, Ampang, ditemui orang awam yang melalui kawasan tersebut pada kira-kira pukul 3.30 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner (ACP) Mohan Singh berkata berdasarkan maklumat awal, lelaki itu mempunyai tujuh rekod lampau berhubung dadah.
Mohan tidak menolak kemungkinan kejadian itu mempunyai kaitan dengan operasi polis kerana secara kebetulan pada waktu kejadian, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) Cheras sedang membuat operasi di sekitar kawasan tersebut.
"Mungkin lelaki itu hendak melarikan diri setelah mengetahui tentang operasi tersebut, tambahan lagi beliau mempunyai kes lampau berhubung dadah," katanya ketika dihubungi Bernama Isnin.
Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.
Dalam kejadian berasingan, Mohan berkata seorang wanita pengsan apabila terperangkap kira-kira 20 minit dalam tren komuter yang rosak berhampiran Stesen Salak Selatan dalam kejadian pukul 6.50 petang Isnin.
Beliau berkata tren yang dalam perjalanan dari Seremban itu mengalami kerosakan pintu menyebabkan hampir 400 penumpang terperangkap di dalam tren yang mempunyai tiga gerabak itu. "Anggota polis dan bomba yang datang 10 minit kemudiaannya berjaya membuka pintu tren dalam masa 10 minit dan wanita berumur 20-an itu tersedar selepas itu," katanya.
Pihak Keretapi Tanah Melayu (KTMB) telah menunda tren tersebut untuk diperbaiki, katanya. - BERNAMA
mStar Online : Penagih Dadah Maut Setelah Terjatuh Dari Pangsapuri

Wanita Maut, Suami Cedera Parah Selepas Motosikal Dirempuh Kereta



BUKIT MERTAJAM: Seorang wanita maut manakala suaminya parah apabila motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah kereta sebelum ia terjatuh dan dirempuh pula oleh sebuah pacuan empat roda di kilometer 147 Lebuh raya Utara Selatan (Plus) arah utara berhampiran Plaza Tol Juru di sini Isnin.
Jurucakap polis berkata kejadian berlaku pada pukul 3 petang dan ketika itu laluan di lebuh raya berkenaan agak sibuk ekoran cuti sekolah.
Katanya mangsa yang maut Ong Saw Ping,36, dan suaminya Tan Ee Siang, 37, berasal dari Taman KIendi, Simpang Ampat dalam perjalanan ke tempat kerja di Perai.
"Semasa kejadian mangsa dan suaminya berada di lorong kiri sebelum dilanggar sebuah kereta jenis Proton Persona dari arah belakang sehingga tercampak ke lorong kanan lebuh raya berkenaan.
"Pacuan empat roda yang dipandu seorang wanita berkenaan gagal mengelak lalu melanggar mangsa sehingga menyebabkan Ong mati di tempat kejadian ekoran cedera parah di kepala," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Jurucakap polis berkata suami mangsa yang cedera parah di hantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Katanya pemandu kereta jenis Proton Persona yang melanggar pasangan suami isteri berkenaan melarikan diri sebaik kejadian itu dan polis sedang berusaha mengesan mereka bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat menurut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya. -BERNAMA
mStar Online : Wanita Maut, Suami Cedera Parah Selepas Motosikal Dirempuh Kereta

Hospital diperintah bayar RM35,000 kepada bekas jururawat



PULAU PINANG 30 Mei - Bekas Supritendan Perubatan Hospital Lam Wah Ee (LWEH), Datuk Dr. Tan Chong Siang dan tiga yang lain hari ini diperintah membayar ganti rugi RM35,000 kepada seorang bekas jururawat hospital tersebut kerana didapati cuai sehingga menyebabkan kematian bayi wanita itu, 11 tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini, Nurmala Salim memerintahkan demikian setelah membenarkan tuntutan saman oleh Loo Wee Woon, 35, terhadap Chong Siang dan Presiden LWEH, Chua Chuan Teong; Setiausaha Chuan Teong, Chong Kum Kwan dan Pakar Ginekologi, Dr. Quah Thong Sai.
Jumlah tersebut merangkumi ganti rugi RM10,000 akibat kecuaian hingga menyebabkan kematian bayi, ganti rugi teladan RM20,000 dan kos pengkebumian bayi sebanyak RM5,000.
Dalam penghakimannya, Nurmala berkata, Wee Woon gagal mendapat ganti rugi am kerana mahkamah tidak menerima sebarang laporan perubatan yang mendakwa dirinya mengalami masalah pada bahagian pundi kencing selepas anak yang dilahirkan meninggal dunia.
‘‘Malah Wee Woon gagal melampirkan sebarang laporan daripada pegawai psikiatri yang membuktikan dia mengalami masalah tekanan atau trauma akibat kejadian itu.
‘‘Plaintif (Wee Woon) juga gagal mendapatkan ganti rugi khas kerana terdapat percanggahan dalam keterangannya di mahkamah dengan pernyataan tuntutannya bahawa dia terpaksa memakai lampin pakai buang dan tuala wanita setiap masa sejak kejadian itu,’’ katanya.
Wee Woon diwakili peguam bela Jason Ong dan N. Ahilan manakala LWEH diwakili peguam J.J. Chan dan B. Bala Mahesan.
Pada 2 Disember 2000, Wee Woon yang bersalin di hospital tempatnya bekerja mengalami masalah pada rahim hingga mengganggu pundi kencingnya manakala anak yang dilahirkannya itu, meninggal dunia keesokan hari akibat pendarahan serius pada jantung.
Akibat kejadian itu, Wee Woon mendakwa mengalami masalah mengadakan hubungan seksual dengan suaminya dan masalah pundi kencing hingga menyebabkan dia terpaksa memakai lampin pakai buang dan tuala wanita setiap masa.
Utusan Malaysia Online - Mahkamah

Kakitangan TNB terima rasuah didenda



IPOH 30 Mei - Seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) didenda RM2,000 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menerima rasuah RM150 daripada seorang wanita empat tahun lalu.
Hakim Julie Lack Abdullah memerintahkan demikian terhadap Rosli Ariffin, 53, yang mengaku menerima wang tersebut daripada Norshamshila Haron sebagai dorongan agar tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas suaminya, Mohd. Hawari Abdul Mutalib yang mencuri bekalan elektrik di Kampung Kuak Luar, Pangkalan Hulu pada pukul 2.45 petang, 13 Mei 2007.
Rosli yang berkhidmat di cawangan TNB Gerik didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Yang Ah Lay. Rosli yang diwakili oleh peguam Nathan Krishnan dibebaskan selepas membayar denda tersebut.
Utusan Malaysia Online - Mahkamah

Pelajar maut motosikal dirempuh kereta



SEREMBAN 30 Mei – Seorang pelajar sebuah kolej maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Haruan 6, Taman Okland, di sini semalam.
Dalam kemalangan pukul 7 petang itu, mangsa, Mohd. Banyamin Awang Nik, 19, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas cedera parah di kepala dan anggota badan.
Jurucakap polis memberitahu, mangsa yang berasal dari Kemaman, Terengganu, dikatakan dalam perjalanan dari arah Bukit Chedang menuju ke Seremban 2.
Katanya, kemalangan dipercayai berpunca akibat daripada perbuatan mangsa mencelah antara beberapa buah kenderaan menyebabkannya terlanggar sebuah kereta dan terbabas.
“Motosikal Yamaha 125Z yang ditunggangnya lalu terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta Proton Persona.
“Ia menyebabkan mangsa tercampak sejauh beberapa meter sebelum dilanggar pula sebuah teksi dari arah belakang,” katanya di sini hari ini.
Utusan Malaysia Online - Jenayah

Pemain bola sepak kemalangan




ANGGOTA polis dari Cawangan Trafik memeriksa salah sebuah daripada tiga kereta yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kulim-Gerik, dekat Baling, semalam. - UTUSAN/SAZALI CHE DIN


BUKIT MERTAJAM 30 Mei - Seorang pemain bola sepak yang mewakili pasukan USM FC dalam saingan Liga Premier musim ini, antara mereka yang terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kulim-Gerik, dekat Baling, semalam.
Berikutan kemalangan kira-kira pukul 4 petang itu, Mohd. Azizan Md. Arshad, 23, kakitangan di Unit Rekod Universiti Sains Malaysia (USM) cedera parah di bahagian muka dan kepala.
Mohd. Azizan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani dan masih tidak sedarkan diri.
Menurut Pengurus USM FC, Mohd. Azizudin Mohd. Shariff, beliau dimaklumkan oleh doktor, kemungkinan berlaku gegaran pada otak Mohd. Azizan akibat hentakan pada stereng kereta yang dipandunya.
"Saya harap keadaan dia akan pulih sepenuhnya dan tiada sebarang komplikasi pada otak sebab Mohd. Azizan seorang pemain pertahanan yang baik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Utusan Malaysia Online - Jenayah

Warga Indonesia mati dibunuh



KUANTAN 30 Mei – Seorang lelaki warga Indonesia ditemui mati dengan kesan kecederaan di kepala dipercayai dibunuh di sebuah kebun nangka milik persendirian di Tebing Tinggi, Bandar 32 dekat Bera, semalam.
Mangsa yang dikenali sebagai ‘Wak Temuji’ berusia 40 tahun baru bekerja dan tinggal di kebun tersebut kira-kira dua bulan lalu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Supritendan Nordin Mustapha berkata, pihaknya menerima maklumat orang awam mengenai kejadian tersebut pukul 3.30 petang.
“Ketika ditemui, mangsa dalam keadaan tertiarap dan hanya memakai seluar panjang. Terdapat kesan pukulan dengan objek tumpul di kepala mangsa.
“Kita percaya mangsa dipukul dengan kayu dan batang cangkul berikutan penemuan objek itu kira-kira 20 meter dari pondok mangsa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang, di sini hari ini.
Nordin berkata, pihaknya sedang mengesan seorang wanita dipercayai isteri mangsa yang tinggal dengannya di pondok di kebun tersebut.
Jelasnya, berdasarkan maklumat awal wanita itu baru sahaja tinggal dengan mangsa kira-kira dua minggu lalu dan dia diminta tampil bagi membantu siasatan.
“Hasil bedah siasat semalam di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini mendapati mangsa mati dipukul dengan objek keras di kepalanya dan meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui,” ujarnya.
Katanya, dokumen pengenalan mangsa masih belum ditemui dan pihaknya belum mengambil keterangan daripada pemilik kebun terbabit.
Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif pembunuhan masih disiasat.
Utusan Malaysia Online - Jenayah

16 rumah setinggan di Kg. Terengganu, Durian Sebatang terbakar




Orang ramai membantu memadamkan kebakaran sebuah rumah warga emas di Teluk Intan, Perak, semalam.


TELUK INTAN 30 Mei - Enam belas rumah setinggan hangus dijilat api dalam kebakaran di dua kampung berjiran, Kampung Terengganu dan Kampung Durian Sebatang, dekat sini tengah hari ini.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.15 petang itu mengakibatkan kesemua penghuni rumah tersebut tinggal sehelai sepinggang.
Seorang mangsa, Saidon Jaffar, 74, berkata, ketika kejadian, dia sedang makan bersama cucunya di rumah sebelum terdengar teriakan seorang lagi cucunya yang mengatakan rumah jiran sebelah sedang terbakar.
"Apabila melihat keadaan itu, saya terus meluru keluar membawa cucu saya dan tidak sempat menyelamatkan barang-barang lain.
"Apa yang menyedihkan ialah baru semalam isteri saya meninggal dunia dan barang-barang untuk persiapan kenduri arwah malam ini semuanya musnah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Seorang lagi mangsa, Aminah Mat Sahar, 62, bersyukur kerana terselamat walaupun rumahnya hangus dijilat api.
"Ketika itu, saya baru selesai menunaikan solat dan tiba-tiba, saya terasa panas. Rupa-rupanya api ada di sekeliling saya.
"Saya nampak semua barang yang berada di depan mata semuanya sudah habis terbakar kecuali saya yang masih bertelekung. Saya reda dengan kejadian ini kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya," katanya.
Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan yang dihubungi petang ini mengesahkan kejadian tersebut.
Menurutnya, tiga jentera bomba dari Balai Bomba Hutan Melintang, Tapah dan Bagan Datoh dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadam kebakaran tersebut.
"Seramai 50 anggota terlibat dalam kerja mengawal kebakaran tersebut. Bagaimanapun, hanya seorang remaja cedera di tangan ketika cuba menyelamatkan diri," katanya.
Utusan Malaysia Online - Jenayah

Ibu, anak ditahan halang tugas polis



JOHOR BAHRU 30 Mei - Tindakan seorang ibu memaki hamun dan menampar muka dua anggota polis yang menahan anak perempuannya untuk tujuan pemeriksaan lesen memandu mengundang padah apabila kedua-duanya ditahan kerana menghalang tugas penjawat awam.
Sebelum itu, remaja berusia 19 tahun tersebut yang memandu kereta Proton Iswara dilihat bersama empat lagi rakannya dalam keadaan mencurigakan di kawasan Pontian Besar, kira-kira pukul 10 malam.
Ketua Polis Daerah Pontian, Supritendan Zahaliman Jamin berkata, tiga anggota yang sedang meronda meminta remaja berkenaan menghentikan kereta tetapi sebaliknya dia memecut ke arah Benut.
"Meskipun anggota itu berjaya mengejarnya tetapi remaja berkenaan enggan memberi kerjasama dan keluar dari kenderaan selain tidak mahu menunjukkan lesen memandunya walaupun diminta beberapa kali.
"Beberapa minit kemudian, anggota keluarga kesemua yang berada di dalam kenderaan itu tiba di tempat kejadian termasuk ibu remaja tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Zahaliman berkata, ibu dan remaja berkenaan kemudian memaki hamun anggota polis tersebut sebelum wanita itu menampar muka dua anggota berkenaan.
Berikutan tindakan tersebut, katanya, anggota itu menahan ibu dan remaja berkenaan kerana menghalang tugas polis manakala empat lagi rakan remaja berkenaan dibebaskan.
Utusan Malaysia Online - Jenayah

Mayat nelayan ditemui



ALOR SETAR 30 Mei - Seorang nelayan yang hilang setelah terjun ke dalam laut semasa ingin melarikan diri daripada serbuan polis di Pelantar Ikan Pak Chaw Peng, Kampung Cina, Kuala Kedah, di sini, kelmarin, ditemui mati hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, mayat mangsa, Muhammad Nizam Baharin, 31, ditemui pada pukul 7.30 pagi oleh orang awam berhampiran terminal feri Kuala Kedah.
"Mangsa dipercayai penagih dadah dan mempunyai seorang anak berusia enam tahun yang dijaga oleh kakaknya di Yan.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat," katanya.
Utusan Malaysia Online - Utara

Maut setelah gagal potong bas



TANJUNG MALIM 30 Mei - Seorang pemandu kereta terbunuh selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh besi penghadang jalan di kilometer 377.5 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Slim River, kelmarin.
Mangsa, Sue Li Zhi, 21, dari Taman Mansion, Ipoh meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan badan.
Jurucakap polis trafik daerah berkata, dalam kejadian pukul 5 petang itu mangsa yang dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur dipercayai cuba memotong sebuah bas sebelum terbabas di tengah jalan.
"Impak pelanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak di atas jalan dan mayat mangsa di hantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat," katanya.
Utusan Malaysia Online - Utara

Burung dilindungi dirampas



KUALA LUMPUR 30 Mei - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kuala Lumpur merampas 10 ekor burung yang dilindungi dari sebuah rumah kedai di Taman Selayang Baru hari ini.
Burung yang dirampas itu ialah tujuh ekor merbah telinga merah, kenari dada kuning (2) dan seekor burung cakar.
Burung itu ditemui disembunyikan di premis berkenaan selepas Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Selangor Cawangan Gombak menyerbu ekoran maklumat terdapat kegiatan menyimpan sebanyak 1,200 liter diesel subsidi.
Perhilitan Kuala Lumpur yang hadir kemudian mengesahkan 10 ekor burung terbabit adalah daripada spesies yang dilindungi.
Pegawai Penguat Kuasanya, Celesoriano Razond berkata, pihaknya mendapati dua daripada tiga jenis burung itu adalah spesies terancam.
"Burung kenari dan cakar merupakan spesies antarabangsa yang semakin terancam dan berikutan itu, pemilik yang tidak mempunyai lesen bakal berhadapan denda sehingga RM1 juta.
"Merbah telinga merah yang merupakan spesies tempatan pula adalah burung yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan," katanya kepada pemberita di lokasi serbuan di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat Kuasa PPDNKK Selangor, Othman Nawang berkata, dalam pemeriksaan di rumah kedai dua tingkat itu, pihaknya menemui enam tong diesel yang disimpan kononnya untuk kegunaan sebuah trak angkut susun.
"Hasil ujian nanotag, kesemua tong tersebut berisi diesel subsidi. Pemiliknya diminta mengemukakan surat kebenaran menyimpan diesel," katanya.
Utusan Malaysia Online - Kota

24 ditahan, 64 mesin judi dirampas



KUALA LUMPUR 30 Mei - Polis menahan 24 orang dan merampas 64 buah mesin judi dalam 13 buah serbuan di pusat-pusat judi di Jalan Chow Kit di sini sejak Januari lalu sehingga setakat ini.
Pegawai Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Supritendan Suffian Sulaiman berkata, pihaknya turut merampas wang tunai berjumlah RM424.
Katanya, selain itu, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi turut mengambil tindakan di bawah Undang-undang Pencegahan terhadap penganjur pusat-pusat judi terbabit.
"Bantuan daripada agensi kerajaan serta anggota masyarakat amat diharapkan dalam membanteras kegiatan judi. Sebarang maklumat, sampaikan ke talian 03-21159999 atau menghantar khidmat pesanan ringkas POLISKL ke 32728.
Utusan Malaysia Online - Kota

Lelaki ditemui mati terjatuh flat



KUALA LUMPUR 30 Mei - Seorang lelaki yang dipercayai panik dengan kehadiran polis yang mengadakan operasi di Flat Segar di sini bertindak nekad dengan terjun dari tingkat 6 flat berkenaan.
Mangsa, Guan Wai Yuan, 38, yang berasal dari Pandan Indah, Ampang itu kemudian ditemui mati di tingkat bawah pada kira-kira pukul 3 petang.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, tindakan mangsa yang mempunyai tujuh rekod jenayah lampau berkaitan dadah, tiada kaitan dengan operasi yang dijalankan pihaknya.
"Tiada unsur jenayah dalam kejadian ini. Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini petang ini.
Utusan Malaysia Online - Kota

Penyamun rumah ipar dijel 8 tahun

AMPANG: Gara-gara melakukan rompakan berkumpulan di rumah abang iparnya sendiri, seorang lelaki dijatuhkan hukuman lapan tahun penjara dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen, semalam.
Hakim Roszianawati Ahmad membuat keputusan itu terhadap tertuduh, K Ravichandar, 24, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mahkamah mengarahkan Ravichandar menjalani hukuman itu bermula tarikh jaminan ditarik semula.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama dua yang masih bebas melakukan rompakan secara berkumpulan di rumah R Prabu bernombor 10, Jalan 4/7, Seksyen 4, Bandar Rinching, Kajang, Hulu Langat.

Tertuduh melakukan rompakan berkumpulan dengan bersenjatakan pisau dan merompak wang tunai RM2,800 pada jam 12.30 tengah malam pada 5 Februari 2009.


Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Sepanjang perbicaraan, empat saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sementara pembelaan mengemukakan tiga saksi.myMetro | Penyamun rumah ipar dijel 8 tahun

Cabul gadis depan ibu

AMPANG: Seorang remaja lelaki layak digelar ‘gila seks’ apabila mencabul seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di hadapan ibu gadis terbabit, pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah, di sini dikatakan bersama ibunya berusia lingkungan 40-an dalam perjalanan dari rumahnya di sebuah rumah pangsa di Taman Nirwana, di sini untuk membeli sarapan di kawasan berhampiran.

Menurut sumber, ketika mangsa dan ibunya itu menuruni tangga, seorang remaja lelaki yang tidak dikenali sedang menaiki tangga sebelum berselisih dengan mereka.

“Ketika itu ibu mangsa berada di depan manakala mangsa mengikut ibunya di belakang kerana tangga yang sempit berselisih dengan suspek.


“Remaja itu dikatakan berpura-pura seperti penghuni rumah pangsa berkenaan sebelum tiba-tiba meraba kemaluan mangsa,” katanya.
myMetro | Cabul gadis depan ibu

Larikan kereta, noda isteri


SUBANG JAYA: Seorang wanita berusia awal 20-an melalui detik hitam lebih lima jam selepas dilarikan bersama kereta milik suaminya oleh sekumpulan tiga lelaki di USJ, di sini, kelmarin.
Lebih malang, wanita terbabit bukan saja dipukul malah difahamkan dirogol bergilir-gilir sebelum ditinggalkan di hadapan sebuah sekolah di Bukit Jalil, di sini.

Kejadian bermula kira-kira jam 12 tengah malam, apabila suami mangsa berusia awal 30-an berhenti di sebuah kedai serbaneka 24 jam di kawasan berkenaan untuk membeli barang sebelum meninggalkan isterinya dan kereta Mitsubishi Triton dalam keadaan enjin dihidupkan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi berkata, seorang lelaki tiba-tiba meluru ke arah kenderaan itu sebelum masuk dan melarikan kereta berkenaan manakala dua lagi suspek mengekori menggunakan kenderaan lain.


“Tersentak dengan kejadian itu, suami mangsa yang melihat isteri dan kenderaannya itu dilarikan cuba mengejar namun gagal. Lelaki terbabit segera menghubungi polis memaklumkan kejadian berkenaan dan pihak berkuasa terus melakukan operasi mengesan kumpulan terbabit.
myMetro | Larikan kereta, noda isteri

Maut ditumbuk lepas minta bayaran


AMPANG: Hanya kerana menuntut bayaran minuman RM30, seorang lelaki berusia 49 tahun maut apabila ditumbuk bertubi-tubi seorang lelaki warga Britain.
Sebelum itu, lelaki terbabit tiba-tiba naik berang dengan insiden pergaduhan membabitkan mangsa dan seorang pelanggan wanita di sebuah restoran di Pandan Indah, di sini, awal pagi semalam. Difahamkan, lelaki yang juga abang kepada pemilik restoran berkenaan maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Sumber berkata, semuanya bermula kira-kira jam 1 pagi apabila seorang pelanggan wanita dipercayai warga Thailand menikmati minuman di restoran berkenaan.

“Wanita terbabit memesan minuman keras dan selepas meminumnya, dia mahu meninggalkan restoran berkenaan tanpa membuat bayaran.

“Bagaimanapun, tindakan wanita itu cuba dihalang mangsa, malah turut memujuknya supaya membayar minuman berkenaan. Ketika itu, wanita terbabit dalam keadaan mabuk,” katanya.


Menurutnya, wanita berusia 20-an itu berdegil dan mahu terus beredar.

“Bengang dengan tindakan wanita itu, mangsa menarik tangannya untuk dibawa berjumpa pemilik restoran berkenaan.

“Malangnya, dalam pergelutan itu, seorang lelaki warga asing tiba-tiba menghampiri mereka dan menumbuk muka mangsa,” katanya.

Beliau berkata, lelaki terbabit menumbuk mangsa bertubi-tubi beberapa minit walaupun mangsa menjerit dan meminta suspek berhenti menumbuknya.

“Lelaki terbabit hanya berhenti menumbuk mangsa selepas mendapati muka mangsa berdarah dan tidak bergerak.


“Orang awam yang menyaksikan kejadian itu menghubungi polis sebelum sepasukan polis tiba di tempat kejadian,” katanya.


Sumber berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Ampang, Superintendan Md Nazri Zawawi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.


Menurutnya, suspek direman enam hari dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
myMetro | Maut ditumbuk lepas minta bayaran

Penculik ancam pancung budak


ZAMBOANGA CITY: Penculik di Basilan semalam mengancam memancung seorang tebusan mereka - budak lelaki berusia 16 tahun yang dilarikan di Lamitan pada 19 Mei lalu - kecuali keluarganya membayar wang tebusan.
Kakak mangsa, Janet Sebastian Tahil, berkata penculik menuntut bayaran sebanyak 2.5 juta peso (RM174,197) bagi membebaskan Nico Sebastian.

Nico dilaporkan hilang sejak pergi ke rumah kawannya pada 19 Mei lalu.

Pegawai polis Lamitan berkata, penculik terbabit membenarkan Nico bercakap dengan ibunya pada 26 Mei lalu dan dia merayu diselamatkan.

Kata Janet, penculik itu memberi mereka tempoh tiga hari untuk memenuhi tuntutan berkenaan.


“Jika tidak, Nico akan dipancung dan kepalanya akan dipos kepada kami,” katanya. - AP
myMetro | Penculik ancam pancung budak

Wanita bawa alat sulit perogol ke balai polis


DHAKA: Seorang wanita Bangladesh berusia 40 tahun memotong alat sulit seorang lelaki ketika lelaki itu cuba merogolnya dan kemudian membawanya ke balai polis sebagai bahan bukti, kata polis di kawasan terpencil di negara ini, semalam.
Menurut polis, ibu tiga anak itu diserang ketika sedang tidur di gubuknya di daerah Jhalakathi, kira-kira 200 kilometer di selatan Dhaka pada malam Sabtu lalu. “Ketika suspek cuba memperkosanya, wanita itu memotong alat sulit lelaki itu dengan pisau. Dia kemudian membalut kemaluan lelaki berkenaan dalam plastik politena dan membawanya ke balai polis sebagai bukti jenayah,” kata Ketua Polis Jhalakathi, Abul Khaer. - AFPmyMetro | Wanita bawa alat sulit perogol ke balai polis

Tahu ada dadah selepas ditahan





AFIFI mendakwa tidak tahu ada dadah di kondominium yang diduduki.


KUALA LUMPUR – Bekas pembantu peribadi pelakon Benjy menafikan dadah yang ditemui di dua buah unit kondominium iaitu di Menara Duta 2 dan Vista Mutiara pada 11 Mac tahun lalu adalah kepunyaannya.
Afifi Hamid, 25, sebaliknya mendakwa dia hanya mengetahui kewujudan dadah tersebut waktu ditahan bersama Benjy dan melihat sendiri pihak polis mengambil dadah dari tempat persembunyian di kondominium berkenaan.
Afifi yang kini bekerja sebagai pereka berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Mawarni Abdul Halim dalam perbicaraan kes dadah artis tersebut di Mahkamah Majistret di sini semalam.
Afifi sebelum ini turut ditahan bersama Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 32, di dalam sebuah kereta di tempat letak kereta di Menara Duta 2, Jalan Segambut pada 3 Mac lalu kerana disyaki mengedar dadah sebelum dia dibebaskan.
Dia yang menafikan dirinya kekasih Benjy kini memberi keterangan selaku saksi pendakwaan.
Sementara itu, semasa disoal peguam bela Amer Hamzah Arshad berhubung kondominium Vista Mutiara, Afifi menjelaskan bahawa selain dirinya dan Benjy, terdapat dua lagi penyewa di situ bernama Amer dan Nikman.
Kosmo! Online - Negara

500 cemas komuter terkandas



SEBAHAGIAN daripada 500 penumpang berpusu-pusu keluar dari gerabak komuter yang tiba-tiba berhenti dekat Stesen Salak Selatan semalam.


KUALA LUMPUR - Kira-kira 500 penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) terkandas hampir satu jam apabila komuter yang mereka naiki tiba-tiba berhenti dengan mengejut berdekatan Stesen Salak Selatan menghala ke Seremban di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, semua penumpang yang terkandas terpaksa bersesak-sesak malah ada yang mengalami sesak nafas dan pengsan ekoran kekurangan oksigen.
Salah seorang penumpang, Mayamin Mahmud, 23, berkata, semua penumpang terlalu panik hingga ada yang mengambil keputusan untuk memecahkan cermin komuter.
"Saya merupakan salah seorang yang melompat keluar melalui tingkap yang pecah itu untuk menyelamatkan diri.
"Pintu kecemasan gerabak ketika itu gagal dibuka kerana ia terlalu ketat dan pemegangnya pula sudah patah. Entah kenapa komuter itu tiba-tiba berhenti dan lebih tiga penumpang yang pengsan kerana kekurangan oksigen," ceritanya di sini semalam.
Kosmo! Online - Negara

Lagi dakwaan rasuah melibatkan pegawai FIFA




Jack Warner (kiri) dan Mohamed Hammam telah digantung daripada FIFA berikutan tuduhan rasuah.


ZURICH - Satu e-mel bocor mendakwa Qatar ada membeli hak untuk menjadi hos Piala Dunia 2022. E-mel yang didedahkan oleh Timbalan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Jack Warner itu mendakwa Presiden Konfiderasi Bola Sepak Asia (AFC), Mohamed Hamam ada membuat perjanjian supaya negara teluk tersebut terpilih untuk menjadi hos Piala Dunia.
E-mel itu dihantar oleh Setiausaha Agung FIFA, Jerome Valcke yang mengesahkan bahawa isi kandungannya adalah tulen. Menurut satu kenyataan Warner, Valke menghantar e-mel tersebut kepadanya untuk memberitahu, Hammam 'membeli' Piala Dunia 2022 bagi negaranya, Qatar.
Pendedahan terbaru itu pastinya akan membawa kepada undian yang terpaksa dilakukan semula berikutan timbulnya tuduhan rasuah yang baru.
Sebelum ini, timbul banyak persoalan bagaimana sebuah negara kecil dengan suhu mencecah 50 darjah selsius boleh memenangi hak untuk menjadi tuan rumah perlawanan bola sepak Piala Dunia.
Kelmarin, Presiden FIFA, Sepp Blatter dibebaskan daripada tuduhan rasuah. Sementara Warner dan Hammam pula digantung daripada bertanding jawatan presiden dan apa jua aktiviti membabitkan FIFA. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Monday, May 30, 2011

Ninja pecah masuk pejabat JKR




BANDAR MARANG – Licik macam ‘ninja’. Demikianlah gambaran sesuai diberikan kepada penjenayah yang menceroboh bangunan pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah, yang terletak di tepi jalan utama Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan, di sini, semalam.

Penjenayah terbabit dipercayai menceroboh kawasan bangunan selepas merosakkan pagar sebelum bertindak nekad memanjat bahagian belakang bangunan dan masuk melalui atap serta siling tingkat dua bangunan itu.

Kejadian berkenaan dipercayai berlaku antara jam 12 hingga 6 pagi.

Penolong Jurutera daerah, Makroof Abdullah, 53, berkata, kakitangan pejabatnya hanya menyedari kejadian itu berlaku apabila mereka tiba di pejabat berkenaan kira-kira 7.30 pagi semalam.

“Saya dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pembantu pejabat yang membuka pintu pejabat hari ini (semalam).

“Selepas masuk ke dalam dan mendapati keadaan dalam pejabat ini berselerak,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Makroof berkata, penceroboh terbabit dipercayai masuk ke dalam bangunan melalui atap di bahagian belakang bangunan.

Katanya, sebelum itu penceroboh berkenaan merosakkan pagar dan masuk melalui siling di tingkat dua berdasarkan kesan yang ditinggalkan penceroboh terbabit.

“Dalam kejadian berkenaan, pelbagai barang berharga seperti dua buah komputer riba, empat unit kamera digital, unai kira-kira RM750 milik kakitangan pejabat didapati hilang.

“Anggaran sebenar kerugian masih belum dapat dipastikan,” katanya.

Makroof berkata, berikutan kejadian itu satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang pagi semalam.

Sementara itu, kakitangannya, Mohd Khalid Puteh, 50, berkata, dia turut berputih mata apabila tunai sebanyak RM700 yang diletakkan dalam laci bersama buku simpanan Tabung Haji lesap dalam kejadian tersebut.

“Wang itu untuk kegunaan ibu saya, Esah Abu Bakar dan ia disimpan dalam laci di pejabat ini sejak awal tahun lagi,” kata bapa lima anak yang tinggal di Taman Kalungan Melur, Rhu Rendang, di sini.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.
SH

Terlepas maut




TERAP - Berpantang maut sebelum ajal paling sesuai menggambarkan lelaki berusia 30an apabila kereta dinaiki terbabas sebelum merempuh pokok kira-kira jam 6 petang, kelmarin.

Menurut saksi, mangsa dipercayai dari arah Kulim menuju ke Serdang dan kemalangan berlaku kerana keadaan jalan yang licin.

Mangsa yang tersepit dikeluarkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat sebelum dihantar ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan.
SH

25 nelayan Vietnam ditahan




PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan dua bot serta 25 nelayan Vietnam, dan hasil tangkapan berjumlah 3000 kilogram berbagai spesies ikan dalam satu operasi ‘Ops Perkasa Timur 30/11’ kira-kira jam 1.30 tengah hari kelmarin di perairan Tok Bali, di sini.

Ketua Penguatkuasaan Maritim Daerah, Komander Maritim Zainin Abdul Majid berkata, bot tersebut ditahan ketika sedang melakukan aktiviti penangkapan ikan.

“Setelah diamati dua bot itu tidak mempunyai nombor pendaftaran khusus sebagai bot nelayan tempatan serta tidak mengibarkan bendera Malaysia.

“Bot berwarna biru berjalur biru tua bernombor pendaftaran KG 90619 TS dan KG 90604 TS ditahan pada di posisi lebih kurang 111 Batu Nautika Timur Laut Tok Bali,’’ katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Operasi tersebut diketuai oleh Pegawai Memerintah KM Amanah, Leftenan Azizan Ahmad bersama 17 anggota.

Menurutnya, hasil pemeriksaan, didapati awak-awak bot tersebut tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan anggota menggeledah menggunakan bahasa isyarat kerana sukar berkomunikasi dalam bahasa Vietnam.

Zainin berkata, awak-awak yang ditahan berusia di antara 16 hingga 39 tahun dan bot mereka dibawa ke Jeti APMM Tok Bali untuk siasatan dan pendakwaan.

Beliau berkata, jika disabitkan kesalahan mereka boleh dijatuhkan hukuman di bawah Akta Perikanan 1985 di bawah Sesksyen 15(1)(a) dan jika disabit kesalahan boleh didenda Maksima RM 1 juta atau enam bulan penjara bagi tekong dan RM500,000.00 atau lima bulan penjara bagi awak-awak atau kedua-duanya sekali.

“Semua awak-awak dan tekong yang ditahan akan dihantar untuk tahanan sementara ke Lokap Balai Polis Kamachang sebelum proses siasatan dan pendakwaan dalam masa yang terdekat,’’ katanya.

Zainin berkata, pencerobohan bot nelayan asing masih berlaku di perairan Zon Maritim Malaysia walaupun sepanjang tahun ini pihak APMM Tok Bali telah membuat sebanyak 20 tangkapan ke atas bot nelayan asing dari negara Vietnam mahupun Thailand.

Beliau berkata, bagaimanapun tangkapan yang dibuat oleh KM Amanah itu merupakan aktiviti tunda berkembar yang dilakukan oleh nelayan asing di mana ia adalah diharamkan.

“Ini memandangkan aktiviti tersebut boleh memusnahkan hasil sumber ikan. Kami juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan pelantar minyak yang turut melaporkan tentang pencerobohan bot-bot nelayan asing ke perairan zon maritim negara,” katanya.
SH

Pelajar tahfiz dakwa diliwat




KUALA KRAI - Perasaan syak seorang ibu apabila anaknya menga­du sakit ketika membuang air besar terbukti apabila anaknya yang belajar di sebuah maahad tahfiz al-Quran dekat sini, mendakwa dia diliwat oleh seorang pelajar senior di asrama maahad tersebut 10 Mei lalu.

Ibu pelajar yang berusia 13 tahun itu, yang mahu dikenali hanya sebagai Yah, berkata, dia mula curiga apabila anaknya itu bertindak lari dari pengajian asrama pada tengah hari Ahad lalu dan mengadu sakit di punggung setiap kali membuang air besar.

Menurut Yah, 48 tahun, setelah didesak oleh keluarga beberapa kali, anak kelapan daripada sembilan beradik itu akhirnya menceritakan bahawa dia diliwat oleh seorang pelajar berusia 15 tahun ketika tidur di bilik asrama kira-kira jam 12 tengah malam, 10 Mei lalu.

”Pada malam kejadian, anak saya sedang tidur apabila dia ditindih dan mulutnya ditutup. Dia mengenali pelajar yang terlibat itu.

”Selepas kejadian, pelajar terbabit mengugut akan memukul anak saya jika dia cuba memberitahu perkara itu kepada ustaz atau sesiapa. Sekarang anak saya berada dalam keadaan trauma,. Dia juga tidak ceria dan tidak mahu kembali belajar di maahad itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abd Rahman Ja’apar mengesahkan menerima laporan.

Katanya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
SH

Iran gantung dua perogol kanak-kanak




TEHERAN: Iran semalam melaksanakan hukuman gantung sampai mati di khalayak ramai ke atas dua perogol lelaki atas kesalahan merogol kanak-kanak, kata agensi berita rasmi IRNA.Kedua-dua lelaki yang dihukum gantung di bandar Kemanshahon itu dikenali sebagai P. Mohammadi Pashterizeh dan A. Namaki.Sepanjang tahun ini, Iran telah menjalankan 145 hukuman gantung.Tahun lalu, 179 hukuman gantung dijalankan. -- AFP.
http://cyberita.

Tiga Ditahan ISA Terlibat Penyeludupan Manusia


KOTA KINABALU: Tiga orang termasuk dua warga asing ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Lahad Datu pada 24 Mei lepas, kerana disyaki terbabit dalam aktiviti penyeludupan manusia.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengesahkan penahanan itu berkata, ketiga-tiga individu itu dikesan aktif dalam aktiviti penyeludupan pendatang tanpa izin melalui jalan laut dan darat.
Bagaimanapun, beliau tidak memberi butiran lanjut mengenai identiti mereka.
Katanya tindakan itu selaras dengan pendirian kerajaan untuk mempertahankan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan surat pelantikan kepada pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ismail Ahmad dan Pengarah Jabatan Penjara Negeri, Suria Idris, kedua-dua mereka anak jati tempatan, di sini, Ahad.
Hishammuddin berkata penangkapan mereka akan membolehkan satu siasatan lanjut yang terperinci dijalankan sekaligus diharap mampu membongkar dan mengekang tindak-tanduk kegiatan penyeludupan warga asing di Sabah.
Katanya tangkapan itu merupakan sebahagian daripada langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menangani isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin di Sabah.
Mengenai pelantikan dua pengarah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri di Sabah, Hishammuddin berkata pelantikan kedua-dua pegawai anak jati Sabah itu diharap dapat memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran di kedua-dua agensi tersebut.
"Kedua-dua mereka diyakini mempunyai pengetahuan yang luas berhubung situasi di negeri ini dan terbukti amat komited dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan," katanya.
Hishammuddin berkata dengan pelantikan mereka, lima daripada sembilan pengarah jabatan atau agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri di Sabah adalah anak jati tempatan.
Beliau juga menolak tanggapan sesetengah pihak kononnya jumlah orang tempatan yang diambil bertugas di jabatan atau agensi kerajaan persekutuan di negeri ini agak rendah.
Sambil memberi contoh sembilan jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri di Sabah, Hishammuddin berkata majoriti kakitangan di kesemua jabatan itu adalah orang tempatan dengan peratusan antara 70 dan 97 peratus. BERNAMA
mStar Online : Tiga Ditahan ISA Terlibat Penyeludupan Manusia