Search This Blog

Tuesday, April 19, 2011

Siasatan forensik temui DNA



KUALA LUMPUR 18 April - Siasatan forensik dalam kes kematian Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang mayatnya ditemui di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pada 6 April lalu, dipercayai hanya menemui asid deoksiribonukleik (DNA) milik Penolong Pengarah Kastam Selangor itu di bangunan tersebut.
Menurut sumber, hasil siasatan itu menemui DNA milik Ahmad Sarbani di lokasi kejadian termasuk di tingkap bangunan tersebut yang baru beroperasi penghujung tahun lalu.
"Bangunan tersebut masih belum dirasmikan dan oleh itu kesan DNA mudah ditemui," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut sumber, pihaknya juga percaya polis dapat menyelesaikan kes berikutan bukti kukuh berupa dokumen dibawa Ahmad Sarbani ketika kejadian selain maklumat penting terkandung di dalam telefon bimbit miliknya.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah memberitahu, pihaknya masih belum menerima laporan kimia dan patologi kes tersebut tetapi dijangka minggu ini.

No comments:

Post a Comment