Search This Blog

Monday, April 11, 2011

Sekumpulan peguam mahu bantu Sumiati secara sukarela

JEDDAH: Beberapa peguam di Madinah menawarkan bantuan secara sukarela untuk merayu terhadap keputusan mahkamah baru-baru ini yang membebaskan seorang wanita Saudi daripada tuduhan mendera pembantu rumah warga Indonesia, Sumiati Binti Salan Mustapa (gambar).
“Mereka mahu membela Sumiati kerana keputusan mahkamah itu kurang meyakinkan,” kata peguam pembantu rumah itu, Saud Al-Hujaili. “Bagaimana wanita itu boleh dipenjarakan tiga tahun dan kemudian dibebaskan daripada tuduhan?” kata Saud. Sumiati dimasukkan ke hospital November lalu dengan kecederaan teruk, termasuk patah hidung, pendarahan dalaman dan bibirnya digunting.

Wanita Saudi itu menafikan dia mendera wanita Indonesia itu sebaliknya berkata, Sumiati yang mendera diri sendiri.
Tertuduh dibebaskan oleh hakim, Sheikh Faisal bin Mohamad Al-Sheikhon selepas dia merayu. Peguamnya, Abdul Rahman Al-Hajar menuntut bayaran ganti rugi sebanyak SR37 juta (RM30 juta) dan permohonan maaf daripada mahkamah.

Menurutnya, permohonan maaf itu ialah untuk seluruh rakyat Saudi yang dituduh oleh masyarakat antarabangsa sebagai pendera pembantu rumah. - AN
myMetro | Sekumpulan peguam mahu bantu Sumiati secara sukarela

No comments:

Post a Comment