Search This Blog

Tuesday, April 5, 2011

Lelaki bunuh, minum darah rakan dijel seumur hidup

SYDNEY: Seorang lelaki yang mengelar leher rakan serumahnya dan memotong sebahagian alat sulit mangsa sebelum meminum darahnya didapati bersalah kerana membunuh serta dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup di mahkamah di sini, semalam.

Juri di Mahkamah Agung Sydney, mensabitkan Robert Ian Logan, 23, dengan kesalahan membunuh Ben Huntingford, 22, di kediaman mereka di Queensland pada Jun 2006 dan turut menikam anjing peliharaan mangsa. Leher Huntingford dikelar dan pihak pendakwa raya memberitahu juri, darahnya digunakan untuk menulis kata-kata lucah di dinding. Alat sulitnya hampir putus dan mangsa juga mempunyai kesan tikaman di jantung, hati, limpa, buah pinggang dan paru-paru. - AFP

No comments:

Post a Comment