Search This Blog

Monday, April 11, 2011

Kes kematian pelajar: Tempoh reman "ustaz" disambung


KANGAR 11 April – Mahkamah Majistret hari ini membenarkan tempoh reman terhadap seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kematian pelajar Sekolah Rendah Islam Al Furqan, Jejawi dekat sini, dilanjutkan sehingga 15 April.

Lelaki berumur 26 tahun yang ditahan pada 2 April lalu bagi membantu siasatan itu dibawa ke mahkamah majistret hari ini untuk mendapatkan lanjutan reman, setelah tempoh reman kali kedua berakhir hari ini.
Majistret Nurshahida Abdul Rahim membenarkan reman dilanjutkan selama empat hari lagi bagi membolehkan pihak polis mengemas kini kertas siasatan.
Lelaki yang juga penyelia asrama sekolah itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pada 3 April lalu, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar selepas dikatakan dipukul ustaz berkenaan ketika menyiasat satu kes kecurian di asrama sekolah itu pada 31 Mac lalu. – Bernama
-Utusan

No comments:

Post a Comment