Search This Blog

Wednesday, April 13, 2011

Dua warga asing ditahan seludup syabu 3.53kg



SEORANG pegawai polis menunjukkan bengkung berisi dadah sambil diperhatikan Abdul Razak (tengah) di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Cubaan dua warga asing menyeludup masuk dadah jenis syabu seberat 3.53 kilogram bernilai RM850,000 gagal selepas mereka ditangkap di dua lokasi berasingan pada 7 dan 8 April lalu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Supritendan Abdul Razak Md. Zin berkata, pada tangkapan pertama, polis menahan seorang ibu tunggal warga Iran berumur 44 tahun di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) pada pukul 11.30 pagi sebaik tiba menerusi penerbangan dari Teheran, Iran.
Katanya, selepas diperiksa, polis menemui lima peket plastik lutsinar mengandungi dadah disyaki syabu seberat 1.43 kilogram bernilai RM350,000 di dalam bengkung yang dipakai di pinggang selain pelbagai mata wang asing.

No comments:

Post a Comment