Search This Blog

Wednesday, March 2, 2011

Warga emas maut selepas sertai Perkasa

Utusan Malaysia Online - Jenayah: "

IPOH 1 Mac - Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas menghadiri perhimpunan anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) pada Sabtu lalu, ditemui mati akibat kemalangan.

Said Tiran, 66, meninggal dunia selepas motosikal yang dinaikinya terbabas di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Felcra Changkat Lada, Teluk Intan, dekat sini.

Mangsa dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah setelah menghadiri perhimpunan Perkasa di Litar Datuk Sagor, Kampung Gajah yang turut dihadiri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supritendan Mohd. Fakri Che Sulaiman berkata, mayat Said ditemui pada pukul 10 malam Ahad lalu oleh penduduk kampung.

'Polis percaya mangsa terbabas sewaktu menunggang motosikal ketika melalui kebun tersebut.

'Kita tidak mengesyaki kaitannya dengan jenayah, memandangkan barang milik mangsa tidak diusik,' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mangsa dikatakan keluar rumah pukul 7 pagi Sabtu lepas menunggang motosikal bersendirian untuk menghadiri perhimpunan tersebut."

No comments:

Post a Comment