Search This Blog

Thursday, March 17, 2011

Pegawai kanan KSSB dibebas

myMetro


SHAH ALAM: Polis sudah membebaskan seorang pegawai kanan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang ditahan kelmarin bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan ugutan terhadap seorang kakitangan anak syarikat kerajaan negeri itu, pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob, berkata lelaki itu dibebaskan selepas pihaknya selesai mengambil keterangan berhubung satu laporan ugutan jenayah yang didakwa dilakukannya pada pertengahan Februari tahun lalu.
Menurutnya, sepanjang penahanan dalam tempoh 24 jam, lelaki berkenaan tidak menimbulkan sebarang masalah, malah memberi kerjasama baik.

“Kami tahan dia dalam tempoh 24 jam untuk mengambil keterangannya,” katanya.


Selepas mendapat kerjasama daripadanya, lelaki berkenaan dibebaskan petang ini (semalam)."

No comments:

Post a Comment