Search This Blog

Wednesday, March 2, 2011

Padam api, jumpa harimau

MANILA: Anggota bomba yang memadamkan kebakaran sebuah rumah di Manila terkejut apabila mendapati premis itu dihuni lima harimau dan haiwan eksotik lain, kata pegawai perhutanan, semalam.
Selain harimau, kata pegawai itu, rumah berkenaan menempatkan dua ular sawa, tiga kura-kura India dan pelbagai jenis kucing dan anjing.

Katanya, semua haiwan itu berjaya diselamatkan.

“Harimau itu dikurung dalam sangkar tetapi keadaannya sihat,” katanya.

Rumah dua tingkat itu mempunyai halaman belakang luas dan dijadikan tempat menyimpan harimau.


Haiwan itu didaftarkan kepada seorang individu sebagai haiwan peliharaan, tetapi ia sepatutnya ditempatkan di kawasan luar bandar, bukan di Manila. - AFPmyMetro | Padam api, jumpa harimau

No comments:

Post a Comment