Search This Blog

Friday, March 4, 2011

Padah bas ekspress terbalik

SH


KULAIJAYA – Empat daripada sepuluh penumpang sebuah bas ekspres yang sedang dalam perjalanan dari Muar ke Larkin cedera apabila bas dinaiki terbalik di Kilometer 31.7 Lebuhraya Utara Selatan, jam 4.30 petang, semalam.

Bas berkenaan dikatakan cuba mengelak sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di hadapan yang tiba-tiba berpusing dan melintang sehingga menyebabkan bas berkenaan terbalik ke laluan sebelah.

Nahas berkenaan turut menyebabkan kesesakan lalu lintas dari arah Kuala Lumpur ke Johor Bahru sejauh kira-kira dua kilometer.

Pemandu Bas, Ramli Basirun, 47, berkata,dia yang sedang memandu dengan kelajuan kira-kira 70 hingga 80 kilometer sejam (KM/J) terkejut apabila mendapati kenderaan 4WD tiba-tiba melintang di hadapannya.

“Ketika itu saya memandu di lorong kiri dengan kelajuan kurang 80 KM/J manakala keadaan jalan raya pada masa itu basah kerana hujan namun tidak begitu lebat.

“Tiba-tiba saya dapati kenderaan 4WD di hadapan berpusing beberapa kali sebelum melintang dan melanggar pembahagi jalan.

“Saya segera mengelak dari melanggar kenderaan berkenaan namun menyebabkan bas yang dipandu pula terbalik ke laluan sebelah (lorong kanan),” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau yang terselamat dalam nahas itu berkata, bas dipandunya mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan akibat nahas berkenaan dan sepatutnya dijadualkan tiba di Terminal Bas Larkin pada jam 6 petang semalam.

“Nasib baik saya sempat mengelak dari melanggar kenderaan berkenaan jika tidak sudah tentu kemalangan lebih teruk akan berlaku,” katanya.

No comments:

Post a Comment