Search This Blog

Tuesday, March 22, 2011

‘Nampak kawan meraung’


ALOR SETAR: “Saya cuma dengar bunyi dentuman kuat dan nampak kawan-kawan yang lain meraung kesakitan. Selepas itu saya tidak sedar dan apabila tersedar saya sudah berada di hospital,” kata Mohd Idris Mohd Senapi, 20, antara yang terselamat dalam kemalangan maut mengorbankan lima guru silat di Jalan Titi Haji Deris, Pendang, awal pagi semalam.
Mohd Idris yang juga pemain gendang Persatuan Persilatan dan Pergendangan Negeri Kedah berkata, ketika kejadian, dia tidak sedar kerana tertidur.

“Kami bertolak dari Sungai Buloh, Selangor kira-kira jam 6 petang selepas selesai membuat persembahan pada majlis perkahwinan di rumah saudara seorang ahli persatuan ini. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di kawasan rehat dan rawat (R&R) Tapah, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) untuk berhenti makan.

“Selepas setengah jam berhenti rehat, kami meneruskan perjalanan balik ke Alor Setar. Saya terus tidur selepas itu kerana terlalu letih sehingga tidak menyedari kejadian berlaku,” katanya yang ditemui di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi semalam, lima maut, seorang parah dan tiga lagi cedera ringan apabila van Ford Econavan dinaiki sembilan orang itu terbabas dan merempuh pokok di Jalan Titi Haji Idris, Pendang, semalam.

Mohd Idris berkata, dia cedera di muka dan patah kaki kanan kerana tersepit di belakang tempat duduk pemandu.
metro

No comments:

Post a Comment