Search This Blog

Friday, March 4, 2011

Mati disyaki dibunuh rakan ketika bergaduh


SH


SUNGAI SIPUT (U) – Seorang lelaki berusia 40-an, mati dipercayai dibunuh rakan sekerja dalam satu pergaduhan, di sini, kelmarin.

Kejadian yang berlaku di kawasan Kolam Ikan Salak itu disedari orang awam yang melalui kawasan berkenaan sebelum memaklumkan insiden pergaduhan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim berkata, polis menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 6 petang.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, polis menemui dua lelaki, seorang daripadanya berlumuran darah dan mangsa ketika itu sudah meninggal dunia.

"Seorang lagi lelaki dipercayai rakan mangsa berada berhampiran mayat diberkas untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Lelaki berusia 40an itu kini ditahan reman dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat.

Daripada siasatan awal, Azman berkata, kedua-dua rakan sekerja itu bukan penduduk Sungai Siput namun dilahirkan di Perak.

Beliau tidak menolak kemungkinan berlaku pergaduhan akibat salah faham menyebabkan kedua-duanya hilang pertimbangan.

Menurutnya, mangsa mengalami cedera parah akibat dipukul menggunakan kayu.

“Polis tidak menemui senjata tajam atau berbahaya lain digunakan dalam pergaduhan itu selain kayu.

“Difahamkan kedua-dua lelaki berkenaan adalah pekerja di kolam ikan itu dan baru sehari memulakan tugas di situ," katanya.

Mayat mangsa dikeluarkan daripada tempat kejadian kira-kira jam 8 malam.

No comments:

Post a Comment