Search This Blog

Saturday, March 5, 2011

Lelaki diarah pulangkan lima anak kepada bekas isteri

JEDDAH: Pengarah Polis Jeddah, Mejar Jeneral Ali Al-Saad Al-Ghamdi mengarahkan balai polis di Al-Safa di utara bandar raya ini supaya menerima aduan seorang wanita Palestin yang cuba mendapatkan hak jagaan ke atas anaknya.
Balai polis itu menolak permintaan wanita terbabit untuk membuat laporan melalui jabatan perhubungan sosialnya, kata satu sumber polis Jeddah, semalam.

Sumber itu berkata, Ali Al-Saad turut meminta bekas suami wanita itu disoal siasat dan menyerahkan semula kelima-lima anak mereka yang dilarikan lelaki itu. Menurut sumber itu, apabila balai polis berkenaan enggan mendengar aduannya, wanita terbabit melaporkan hal itu kepada Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NSHR) yang kemudian menghubungi Ali Al-Saad. - ANmyMetro | Lelaki diarah pulangkan lima anak kepada bekas isteri

No comments:

Post a Comment