Search This Blog

Thursday, March 17, 2011

Bom diletak dalam buku meletup





2011/03/17

4 cedera ledakan sasar cendekiawan Islam

JAKARTA: Sekurang-kurangnya empat orang cedera, termasuk seorang anggota polis yang tangannya berkecai, dalam kejadian letupan 'bom buku' di ibu negara Indonesia semalam, kata polis.
Jurucakap polis Indonesia Boy Rafli Amar, berkata, dalam kejadian pertama kira-kira jam 4.45 petang waktu tempatan, sebutir bom disembunyikan di dalam sebuah buku tebal yang ditebuk di bahagian dalam, meletup ketika polis cuba mematikannya.
Beliau berkata, bungkusan berisi bom buku itu dialamatkan kepada Ulil Abshar Abdalla, bekas Pengarah Rangkaian Islam Liberal (JIL), sebuah kumpulan cendekiawan Islam berpendirian sederhana di Jakarta Timur.

Ulil terkenal sebagai tokoh Islam Indonesia yang menolak sikap atau pandangan melampau dan menggalakkan toleransi agama.

Bungkusan dihantar bersama sepucuk surat ugutan menggesa Ulil menulis kata alu-aluan bagi sebuah buku berjudul ‘Mereka Yang Wajar Mati Kerana Dosa Terhadap Islam dan Muslim.

“Kami dihubungi pertubuhan itu dan selepas membuat pemeriksaan, kami terhidu bau yang kuat. Kami mengesyaki ia mengandungi bom. Anggota polis cuba mematikannya apabila ia tiba-tiba meletup,” katanya.
Beliau berkata, polis menemui dua bungkusan berisi bom serupa petang semalam di bahagian lain Jakarta.

Satu daripada bungkusan bom itu dialamatkan ke pejabat agensi narkotik kebangsaan diketuai Brigadier Jeneral Goris Mere, bekas pegawai kanan polis anti keganasan, manakala sebutir lagi dihantar ke rumah pengerusi pertubuhan belia Pemuda Pancasila.

“Sebutir bom lain ditemui sebelum tengah malam di Jakarta Selatan, tetapi tiada letupan berlaku. Kami masih menyiasat motif di sebalik insiden ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Agensi Anti-Keganasan Kebangsaan Arsyaad Mbai, mendakwa kejadian itu didalangi kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) yang bergiat secara aktif melancarkan serangan bom di negara itu. – AFP/ Reuters
Berita Harian Online | Bom diletak dalam buku meletup

No comments:

Post a Comment