Search This Blog

Wednesday, March 2, 2011

APMM tumpas penyeludup 200 tupai eksotik




INILAH tupai jenis ‘Sugar Glider’ yang dirampas oleh APMM Wilayah Selatan di Kota Tinggi semalam.


JOHOR BAHRU – Cubaan dua lelaki warga Indonesia menyeludup 200 ekor tupai jenis ‘Sugar Glider’ bernilai RM64,200 ke negara ini gagal apabila ditahan Maritim Malaysia Wilayah Selatan (APMM) di Tanjung Penyusup, Pengerang semalam.
Dalam operasi pukul 7.30 pagi itu, kesemua haiwan itu ditemui di atas bot penumpang dari Batam, Indonesia.
Ketua Penguat Kuasa APMM wilayah berkenaan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifili Abu Bakar berkata, bot Petir 50 dinaiki lima pegawai dan anggota berjaya menahan bot tersebut ketika cuba melarikan diri.
“Apabila diperiksa, 200 ekor tupai ditemui di dalam sembilan sangkar yang dibalut dengan guni,” katanya.Kosmo! Online - Negara

No comments:

Post a Comment