Search This Blog

Sunday, March 13, 2011

4 beranak tinggal sehelai pinggang



KAMPUNG BUKIT JERUK - Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah sekelip mata dalam kejadian kebakaran dekat Jabi petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa, Norhisham Syuhadah Wahab, 23, tidak ada di rumah kerana berkunjung ke rumah jiran.

Norhisham Syuhadah berkata, dua jam sebelum kejadian, dia bersama dua anaknya, Mohd Solihin, sembilan bulan dan Mohd Baihaqi, dua tahun, ke rumah jiran yang terletak kira-kira 30 meter dari rumahnya.

“Ketika berada di rumah jiran saya terdengar bunyi seakan-akan berdesir dan tidak lama sejurus itu seorang jiran lain memberitahu rumah saya terbakar,” katanya.

Ibu muda ini berkata, apabila melihat rumahnya, dia dapati api sudah pun merebak ke sebahagian besar rumah.

Menurutnya, dia dan jirannya hanya mampu melihat kejadian itu kerana api marak dengan cepat dan rumah kayunya hangus dalam tempoh kira-kira 10 minit sahaja.

“Ketika kejadian suami saya, Zakaria Yunus, 35, bekerja mengecat rumah.

“Walaupun rumah tempat kami berteduh musnah, tetapi saya bersyukur kerana kami anak beranak selamat,” katanya.

Keluarga malang itu tinggal sehelai sepinggang dan hilang semua dokumen penting kerana tidak sempat diselamatkan selain peralatan rumah turut musnah.

Sebuah jentera bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Besut bersama beberapa anggota yang tiba di tempat kejadian mendapati rumah kayu itu sudah musnah.

Nilai kerugian dianggarkan kira-kira RM20,000 manakala punca kejadian masih disiasat.

No comments:

Post a Comment