Search This Blog

Thursday, February 10, 2011

Tikai sempadan Thai, Kemboja ke PBB




Menteri luar akan beri taklimat kepada Majlis Keselamatan dan mungkin bertemu


BANGKOK: Thailand dan Kemboja akan merujuk pertikaian kawasan sempadan antara mereka, yang telah menyebabkan pertempuran berdarah, ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu depan.
Menteri Luar Thailand, Encik Kasit Piromya, dilaporkan akan memberi taklimat kepada Majlis Keselamatan PBB Isnin ini. Beliau mungkin bertemu rakan sejawatannya dari Kemboja, Encik Hor Namhong, semasa di New York.Kali terakhir dua pemimpin itu bertemu ialah Jumaat lalu - beberapa jam sebelum pertempuran berlaku di sempadan berdekatan candi purba Preah Vihear.Sekurang-kurangnya lapan orang telah terkorban apabila pertempuran itu berlarutan selama empat hari.Dua negara itu bertegang urat berhubung kawasan seluas 4.6 kilometer persegi yang masih belum ditandakan dekat candi itu. Pada 1962, Mahkamah Dunia memutuskan candi abad ke-11 itu terletak dalam wilayah Kemboja.Sementara itu di Phnom Penh, jurucakap pemerintah Kemboja, Encik Ek Tha, berkata beliau tidak dapat mendedahkan siapa akan mewakili negara itu di mesyuarat Majlis Keselamatan itu.'Kami tidak lagi yakin pada rundingan dua hala dengan Thailand,' tambah beliau.Kelmarin, Setiausaha Agung PBB, Encik Ban Ki-moon, berbincang dengan Perdana Menteri Thailand dan Kemboja dan sekali lagi menawarkan bantuan badan dunia itu.Sebelum ini, Thailand berkata campur tangan pihak ketiga tidak diperlukan.Bangkok menuduh Phnom Penh cuba membesar-besarkan konflik itu ke peringkat antarabangsa.Kemboja telah meminta agar pasukan pengaman PBB diletak di kawasan sempadan, selain menggesa mesyuarat Majlis Keselamatan PBB diadakan segera bagi membincangkan perkara itu.Sementara itu, Perdana Menteri Thailand, Encik Abhisit Vejjajiva, dijadualkan menghubungi Encik Ban malam tadi bagi memberi penjelasan berhubung pertikaian tersebut.Encik Abhisit berkata beliau akan menjelaskan bahawa tentera Thai tidak menyerang tentera Kemboja terlebih dahulu, sebagaimana didakwa Phnom Penh.'Kami juga tidak pernah menyerang orang awam,' katanya.Beliau akan turut memberitahu Encik Ban bahawa lebih 10,000 warga Thai kehilangan tempat tinggal kesan daripada pertempuran yang tercetus.Dalam pada itu, Menteri Luar Indonesia, Encik Marty Natalegawa, telah ke Kemboja Isnin lalu dan Thailand kelmarin bagi meredakan krisis itu.Indonesia pengerusi Asean.Mengulas usaha itu, jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura dalam satu kenyataan semalam berkata lawatan Encik Natalegawa ke dua negara itu disambut baik oleh Singapura.'Kami menyokong usaha pengerusi Asean meneruskan rundingan dalam usaha membantu mencapai huraian damai bagi pertikaian sempadan ini. Kami terus menggesa semua pihak yang relevan agar mengawal diri dan ingat kepentingan dan reputasi Asean,' kata jurucakap MFA. -- Agensi.Cyberita Online Luar Negara

No comments:

Post a Comment