Search This Blog

Tuesday, February 1, 2011

Tentera tahan 50 pencuri di muzium Kebangsaan Mesir




DUA anggota tentera mengawal Muzium Mesir di Kaherah semalam.


KAHERAH - Tentera menahan 50 lelaki yang cuba memecah masuk ke dalam Muzium Kebangsaan Mesir dalam cubaan terbaru mencuri khazanah arkeologi milik negara, kata pihak tentera semalam.
Penembak-penembak tepat berkawal di bumbung bangunan itu manakala berpuluh-puluh askar meronda halaman muzium berkenaan ketika tercetusnya kebimbangan huru-hara yang melanda Kaherah akan menyebabkan kemusnahan khazanah berharga Mesir.
Kebimbangan tersebut berlaku berikutan beberapa bantahan paling serius berlaku berhampiran lokasi berkenaan.
Semalam, kira-kira enam suspek pencuri yang ditangkap meniarap di lantai pintu masuk muzium itu dengan muka mereka ditutup dengan selimut.
Pengawal-pengawal ber- kata, mereka ditangkap ketika cuba menceroboh masuk.
Seorang jeneral tentera di muzium berkenaan berkata, askar-askar menangkap kira-kira 35 lelaki cuba menceroboh masuk ke dalam bangunan muzium kelmarin manakala 15 lagi ditahan semalam. - AP
-kosmo

No comments:

Post a Comment