Search This Blog

Saturday, February 12, 2011

Perompak baling ‘bom’

PETALING JAYA: Akibat panik dikejar pengawal keselamatan selepas menyamun sebuah bank di Jalan Utama, Sungai Buloh, di sini, seorang lelaki membaling ‘bom’ bagi mengelak diberkas, semalam.
Lelaki terbabit bertindak sedemikian dipercayai bagi menghalang pengawal keselamatan berkenaan mengejarnya. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, lelaki yang berusia 30-an terbabit menyamar pelanggan sebelum melompat masuk ke dalam kaunter bank berkenaan.

Difahamkan, lelaki itu mengacukan pistol di kepala seorang kakitangan dan mengarahkannya menyerahkan wang.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammad, berkata suspek melarikan wang RM30,000. Menurutnya, lelaki itu yang berpakaian serba hitam dan kaca mata gelap mengambil masa beberapa saat untuk melakukan rompakan sebelum melarikan diri.

“Tindakan terbabit menyebabkan pengawal keselamatan bank itu mengejarnya kira-kira 100 meter sebelum suspek membaling satu alat dipercayai bahan letupan berhampiran sebuah restoran.


“Pengawal terbabit panik dengan letupan itu berhenti mengejar suspek sebelum menghubungi polis,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Arjunaidi berkata, satu pasukan polis termasuk dari Unit Pemusnah Bom dihantar ke tempat kejadian bagi mengenal pasti bahan letupan berkenaan.
myMetro | Perompak baling ‘bom’

No comments:

Post a Comment