Search This Blog

Monday, February 21, 2011

Dua kanak-kanak lemas, dua hilang bot karam di Tawau

Berita Harian Online


2011/02/21

TAWAU: Usaha seorang lelaki berumur 42 tahun untuk menyelamatkan dua anak dan dua cucunya daripada mati lemas tidak kesampaian apabila keempat-empat mereka dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki karam dipukul ombak awal hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi di muara Sungai Inderasabah itu, Liling Sahi, sempat memegang anaknya Asrina, 4 bulan, dan cucunya Asraf Nursin, 3, selepas bot itu karam.
Bagaimanapun, kedua-duanya meninggal dunia selepas Liling berjaya menyelamatkan diri.

Ketika ditemui, Liling berkata, seorang lagi anaknya, Faridah, 22, dan cucunya Nursima Nursin, berumur dua setengah tahun, yang terlepas daripada genggamannya, belum ditemui.

Usaha mencari masih diteruskan oleh polis, Pasukan Gerakan Marin dan Unit Udara Polis Diraja Malaysia.

Ketika kejadian, Liling bersama empat anggota keluarganya itu dan isteri beliau, Darwina Rashid, 38, yang terselamat dalam tragedi itu dengan berpaut pada bot yang karam, dalam perjalanan pulang selepas menghadiri kenduri keluarga di Kalumpang. - BERNAMA"

No comments:

Post a Comment